Setelah mendapatkan maklumat daripada sepupu aku, Ayu, aku pun naiklah Bukit Mor ni dengan anak sulung aku, Amirul. Umur dia 6 tahun. 1st time dia hiking bukit ni. Aku memang ada plan nak ajak dia naik Bukit Beruang kat Melaka tu tapi masa selalu tak kena dan jarak dari rumah aku jauh sikit la. Bukit Mor ni kat Parit Jawa, Muar. Dekat je dengan rumah mak mertua aku, dalam 10km je.
GPS starting point: 1.982373, 102.669223
Ni kaki bukit. Permulaan trek. |
Masa untuk mendaki sampai ke puncak (aku rasa puncak) dalam 40 minit je ikut pace anak aku. Mendaki pun santai. Anak aku pun tak penat mana pun tapi selalu mintak air sebab haus. Cuma masa kat atas tu, aku tak jumpa tempat yang boleh tengok tasik/lombong tu. Aku pernah tengok gambar Ayu yang latarbelakang tasik/lombong tu.
Disebabkan aku bawa anak, kenalah bawa sikit bekal iaitu air Ribena, coklat dan roti untuk dia. Kalau ikutkan aku, bawa air masak pun dah cukup untuk trek macam ni.
Total masa naik - turun aku tak ingat berapa lama, tapi aku anggarkan dalam sejam setengah je termasuk rehat (aku start hiking pkl 9, keluar semula dalam 10 lebih).
Amirul sedang mendaki |
Rehat kejap |
Dari sini boleh nampak pekan Parit Jawa dan Selat Melaka |
nak tanya so starting point kat area mana...ada landmark or kedai ke...
ReplyDeleteGPS starting point: 1.982373, 102.669223 ini GPS nya. boleh tgk kat google map, guna google street view. saya tak amik gambar kat tempat saya parking. tapi kat situ ada tempat kumpul buah kelapa sawit.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteRasenye pagi gamai x yg mendaki mse encik naik bukit mor tu...
ReplyDeletehari tu pegi pagi ahad ada je org.
DeleteNk tye bpe ketinggian bkit nie ye.. Trek pacak ke?
ReplyDelete200 meter je tinggi. ada pacak beberapa tempat
Delete