27 Jan 2017
Lepas habis kerja, aku bergerak dari Lendu menuju ke Putra Heights untuk ambil Abe Hafiz yang menaiki LRT dari Gombak. Aku tak nak ke Gombak pasal malas nak tempuh jalan jam di Sg Besi dan MRR2. Sampai di Stesen LRT Putra Heights dalam jam 6.45 petang, Abe Hafiz dah tunggu aku kat kedai mamak berdekatan. Dia dah sampai lebih awal dalam 20 minit.
Lepas minum kejap, kami berdua terus ke Grik melalui hiway PLUS dan keluar di Simpang Pulai. Saja nak ikut jalan dalam dan singgah sekejap di bandar Kuala Kangsar tengok Masjid Ubudiah pada waktu malam. Kejap je pun lalu situ. Kami teruskan perjalanan ke Grik, terus ke kedai mamak Restoran Kari Kepala Ikan Salim. Waktu tu, jam dah pukul 2.30 pagi. Kami makan sikit dan tidur dalam kereta menunggu waktu Subuh dan menunggu beberapa ahli Latepackers yang lain yang bergerak dari UIA Gombak dan Machang. Jumlah keseluruhan peserta adalah seramai 19 orang, iaitu 16 lelaki dan 3 perempuan.
28 Jan 2017
Semua peserta telah sampai di Masjid Jamek Grik pada jam 9.30 pagi. Selesai sarapan dan bungkus packed lunch, kami bergerak ke Shell Lawin untuk bertemu guide Mazli Rozali dan menaiki 4WD. Kereta kami park di hadapan Shell dan dikenakan caj RM 10. Mula bergerak menaiki dua buah 4WD dalam jam 11.30 pagi melalui jalan Felda Lawin Selatan, kemudian masuk ke jalan tanah merah sehingga di sebuah jambatan kampung orang asli. Pendakian dimulakan pada jam 12.00 tengah hari. Aku dicalonkan oleh Matdie (sedap-sedap dia je) untuk menjadi sweeper dan diberikan walkie-talkie oleh guide.
Semua dah sedia nak naik 4WD. Gambar oleh Awe |
Jam 12.45 tengah hari, kami berenti rehat sebentar di simpang jalan balak lama. Sebelum sampai ke simpang jalan balak ni, ada beberapa simpang ke kiri. Abaikan semua simpang tu. Setelah 10 minit berehat, perjalanan diteruskan lagi. Ada simpang Y yang mana kami ambil trek di sebelah kiri. Kami tiba di sebuah kem di tepi sungai pada jam 1.30 tengah hari untuk makan dan solat. Aku dan beberapa orang peserta ambil kesempatan untuk mandi sejukkan badan.
Setelah berehat selama sejam, kami meneruskan perjalanan dengan menyeberang sungai dan mendaki bukit yang landai sehingga ke puncak. Di atas puncak bukit tersebut, trek yang kami lalui agak kabur dan ada simpang yang mengelirukan. Apa yang aku ingat, trek di atas bukit tu perlulah diambil yang sebelah kanan. Setelah itu, trek banyak menurun sehingga ke Kem Lata Air Lawin. Kami tiba pada jam 6.00 petang dan bermalam di situ untuk 2 malam. Di sini ada lata/jeram yang juga punca air terakhir (last water point) sekiranya ingin meneruskan perjalanan. Jeramnya tidaklah dalam tapi bolehlah berendam untuk mandi. Kem yang kami bermalam agak bersemak kerana menurut kata guide, kali terakhir orang masuk ke sini adalah pada 11/11/2016, iaitu pada masa UiTM melakukan ekspedisi 60 puncak sempena 60 tahun penubuhan UiTM/MARA. UiTM mana yang masuk, aku tak tanya pula. Perjalanan hari pertama ni penuh dengan pacat. Memang banyak. Musim pacat agaknya.
29 Jan 2017
Selepas bersarapan dan mengambil packed lunch, kami mula bergerak ke puncak pada jam 10.50 pagi secara daypack. Awal trekking agak leceh dengan buluhnya, pokok tumbangnya tapi agak landai. Pertengahan jalan nak ke Kem Botak, dah start mencanak. Tangan perlu melakukan tugasan menarik akar membantu pendakian.
Kami tiba di Botak jam 3.00 petang. Setelah berehat selama 20 minit, kami teruskan perjalan ke puncak.
Dari Kem Botak, kami mengambil masa selama 30 minit sahaja untuk sampai ke puncak Gunung Inas. Laluan hanyalah permatang dan pendakian tidaklah sukar. Kami tiba di puncak pada jam 3.50 petang.
Kami bergerak turun pada jam 4.50 petang dan sweeper (aku) tiba pada jam 8.00 malam di Kem Lata Air Lawin.
30 Jan 2017
Selesai bersarapan dan packing, kami mula bergerak keluar pada jam 10.40 pagi. Seletah sejam berjalan, kami berehat sebentar di kawasan lapang yang dikelilingi pokok resam sebelum meneruskan perjalanan ke kem tepi sungai (sama macam hari pertama) untuk makan dan solat. Sampai di sana pada jam 1.00 tengah hari. Kami hanya makan mee segera untuk tengah hari tu. Sebelum makan, sempat lagi mandi-manda kat sungai tu. Selepas berehat selama sejam, kami meneruskan perjalanan ke jambatan kampung orang asli. Pada jam 3.15 petang, semua peserta telah sampai ke jambatan dan 4WD telah sedia menunggu.
Kami segera meninggalkan jambatan tersebut dengan menaiki 4WD. Setelah sampai di kereta, masing-masing meletakkan barang ke dalam kereta dan bergerak ke Masjid Al-Ansari, Kampung Malau untuk membersihkan diri. Disebabkan masing-masing kelaparan kerana hanya makan mee segera je, kami bergerak ke R&R Selat Pagar untuk makan petang. Lebih kurang 6 petang, semua peserta bersurai menuju ke destinasi masing-masing.
Cerita tak habis di situ. Masuk je hiway, jam teruk menuju ke selatan. Ada yang keluar hiway kat Ipoh, ada yang Gopeng dan aku keluar hiway kat Sungkai pasal nak lari dari jam dan nak cari tempat makan. Sudahnya, semua berkumpul balik kat Slim River. Awe dan Milan tumpang kereta aku untuk ke UIA manakala Aji terus ke rumahnya di Klang.
Kos: RM150 (guide ambil bayaran RM100 seorang untuk 3 hari siap 4WD)

Kem Lata Air Lawin |
Kem Lata Air Lawin |
Semua khusuk dgr Matdie sembang kes 376.. Gambar oleh Kamloi |
29 Jan 2017
Selepas bersarapan dan mengambil packed lunch, kami mula bergerak ke puncak pada jam 10.50 pagi secara daypack. Awal trekking agak leceh dengan buluhnya, pokok tumbangnya tapi agak landai. Pertengahan jalan nak ke Kem Botak, dah start mencanak. Tangan perlu melakukan tugasan menarik akar membantu pendakian.
Gambar oleh Awe |
Kami tiba di Botak jam 3.00 petang. Setelah berehat selama 20 minit, kami teruskan perjalan ke puncak.
Kem Botak. Gambar oleh Kamloi |
Pemandangan Puncak Gunung Inas daripada Kem Botak. Perjalanan dari sini ke Puncak Gunung Inas memakan masa hanya 30 minit.
Dari sini, trek perjalanan adalah laluan permatang dengan ketinggian pokok yang agak rendah. Trek landai pada permulaan perjalanan dan sedikit mendaki pada akhir perjalanan ke Puncak Gunung Inas.
Untuk pakej pendakian penuh ke Gunung Inas, kalian boleh mendapatkan khidmat jurupandu terbaik dari Selama iaitu saudara Mazli Rozali. -Abe Hadi
|
Dari Kem Botak, kami mengambil masa selama 30 minit sahaja untuk sampai ke puncak Gunung Inas. Laluan hanyalah permatang dan pendakian tidaklah sukar. Kami tiba di puncak pada jam 3.50 petang.
Gambar kenangan di atas puncak Gunung Inas. Aku dan Izza memegang bendera Latepackers |
View yang menarik yang dapat dirakam. Gambar oleh Awe |
Kami bergerak turun pada jam 4.50 petang dan sweeper (aku) tiba pada jam 8.00 malam di Kem Lata Air Lawin.
30 Jan 2017
Selesai bersarapan dan packing, kami mula bergerak keluar pada jam 10.40 pagi. Seletah sejam berjalan, kami berehat sebentar di kawasan lapang yang dikelilingi pokok resam sebelum meneruskan perjalanan ke kem tepi sungai (sama macam hari pertama) untuk makan dan solat. Sampai di sana pada jam 1.00 tengah hari. Kami hanya makan mee segera untuk tengah hari tu. Sebelum makan, sempat lagi mandi-manda kat sungai tu. Selepas berehat selama sejam, kami meneruskan perjalanan ke jambatan kampung orang asli. Pada jam 3.15 petang, semua peserta telah sampai ke jambatan dan 4WD telah sedia menunggu.
Gambar oleh Awe |
Matdie mentekedarah. Gambar oleh Awe |
Selamat sampai di jambatan kg orang asli. Gambar beberapa minit sebelum "Kenangan Manis" berlaku. Gambar oleh Awe |
Semua dah bersedia untuk balik. Gambar oleh Awe |
Kami segera meninggalkan jambatan tersebut dengan menaiki 4WD. Setelah sampai di kereta, masing-masing meletakkan barang ke dalam kereta dan bergerak ke Masjid Al-Ansari, Kampung Malau untuk membersihkan diri. Disebabkan masing-masing kelaparan kerana hanya makan mee segera je, kami bergerak ke R&R Selat Pagar untuk makan petang. Lebih kurang 6 petang, semua peserta bersurai menuju ke destinasi masing-masing.
Bergambar dengan ahli kumpulan di R&R Selat Pagar untuk makan sebelum pulang ke tempat masing-masing. |
Cerita tak habis di situ. Masuk je hiway, jam teruk menuju ke selatan. Ada yang keluar hiway kat Ipoh, ada yang Gopeng dan aku keluar hiway kat Sungkai pasal nak lari dari jam dan nak cari tempat makan. Sudahnya, semua berkumpul balik kat Slim River. Awe dan Milan tumpang kereta aku untuk ke UIA manakala Aji terus ke rumahnya di Klang.
Di Restoran Patah Senduk Tomyam |
Untuk laporan penuh, sila baca laporan di bawah yang disediakan oleh Abe Hadi.
Laporan Ekspedisi Gunung Inas, Perak.
Tarikh: 27-30 Januari 2017
27 Januari 2017, Jumaat
==================
==================
1. Para peserta utama berkumpul di tangga besar, Universiti Islam Antarabangsa kampus Gombak. Dua kumpulan peserta lagi bergerak dari Putra Heights dan Machang, Kelantan.
2. Senarai peserta adalah seperti berikut: IM Yahya, Mapio, IM Aber, Aber Syaitan, Asoi, Mattop, Razmy, Khaled, Maza, Kamilan, Pian, Azura, Aji, Kamloi, Al-matdieneverdie, Amar, Umar, Izza dan Awe.
3. Ekspedisi telah dirancang rapi selama sepuluh tahun. Di atas faktor halangan dan pelbagai dugaan yang telah dihadapi selama sepuluh tahun, Al-matdienerverdie mencadangkan supaya tema "We Fight Til Valhalla" sebagai tema ekspedisi ini. Pengarah Program, IM Yahya memperkenankan cadangan tema tersebut.
28 Januari 2017, Sabtu
=================
=================
1. Kami berkumpul di Masjid Jamek, Grik untuk solat subuh, sarapan dan pek makanan tengah hari. Seperti dijangka, peserta yang paling lewat tiba di Masjid Jamek adalah Al-matdieneverdie dan Kamloi. Mereka tiba pada jam 9:30 pagi. Lewat 3 jam dari jadual asal.
2. Usai membungkus makanan tengah hari, kami bergerak ke tempat parking kereta berhampiran Stesen Shell Lawin sebelum bertolak ke tapak mula pendakian menggunakan pacuan empat roda pada jam 11:30 pagi.
3. Perjalanan mengambil masa selama 30 minit ke tapak mula pendakian yang terletak di Felda Lawin Selatan.
4. Tepat jam 12 tengah hari kami memulakan perjalanan ke Kem Lata Air Lawin, kem penginapan untuk ekspedisi kali ini.
5. Kami berhenti makan tengah hari di Sungai Air Deras selepas satu jam setengah perjalanan. Cuaca panas dan langit membiru sepanjang perjalanan.
6. Perjalanan diteruskan pada jam 2 petang dan kami tiba di Kem Lata Air Lawin pada jam 6 petang. Laluan hari pertama adalah trek balak sehingga ke kem penginapan.
29 Januari 2017, Ahad
================
================
1. Selesai memasak dan sarapan pagi, kami bersiap untuk perjalanan ke Puncak Gunung Inas. Kami memulakan perjalanan pada jam 11 pagi.
2. Tepat jam 3 petang kami tiba di Kem Botak. Perjalanan ke sini sangat menguji ketahanan mental dan fizikal terutama kepada peserta senior seperti Al-Matdie, Razmy dan rakan pendakian baru kami, Aji.
3. Pemandangan di kem Botak sangat cantik dan kami dapat melihat permatang yang akan dilalui ke Puncak Gunung Inas.
4. Perjalanan mengambil masa selama 30 minit untuk ke Puncak Gunung Inas dari Kem Botak. Kami bergambar kenang-kenangan, makan tengah hari dan meraikan kejayaan kami menakhluki Puncak Gunung Inas.
5. Jam 5 petang kami memulakan perjalanan turun ke Kem Lata Air Lawin. Peserta terakhir tiba di Kem Lata Air Lawin pada jam 8 malam.
30 Januari 2017, Isnin
================
================
1. Hari terakhir untuk ekspedisi kali ini. Cuaca redup pada pagi hari seolah-olah menangisi kepulangan kami pada hari ini.
2. Jam 11 pagi kami memulakan perjalanan pulang dan tiba di Sungai Air Deras untuk makan tengah hari pada jam 1 tengah hari.
3. Perjalanan diteruskan ke tapak mula pendakian untuk menaiki pacuan 4 roda ke tempat letak kereta kami.
4. Sebelum pulang, kami berhenti di Kawasan Rehat dan Rawat Selat Pagar untuk makan petang.
5. Akhir sekali, kami bergambar kenang-kenangan bersama baju rasmi ekspedisi.
6. Terima kasih diucapkan kepada semua yang menjayakan ekspedisi ini terutama sekali, Pengarah Program, Yahya. Bak kata Razmy, ekspedisi kali ini adalah seperti "Mini Gathering" diantara generasi lama dan baru ARC di dalam suasana pergunungan.
7. Maaf diatas segala salah silap. Sehingga bertemu pada ekspedisi akan datang.
No comments:
Post a Comment