Thursday 8 September 2016

Dive trip Tioman 5-7 Ogos 2016

Saja nak share sikit pasal dive trip kami ke Pulau Tioman 5-8 Ogos dulu. Aku dah beberapa kali dah ke Tioman ni dengan beberapa cara. Ada naik bas, naik kereta, tidur hotel, tak tidur hotel, naik feri ikut Mersing, naik feri ikut Tanjung Gemok. Moga post ni bermanfaat.

4 Ogos 2016

Dalam pukul 10 malam, Lansa dan Apek sampai rumah mak aku di Pagoh. Konon gerak lepas maghrib dari Kajang. Lambat gerak la tu. Kebetulan masa tu musim durian, dapat la diorang merasa durian pokok belakang rumah aku tu. Lepas siap makan durian, kami gerak ke Kluang dalam pukul 10.30 malam.

Pkl 11.30 malam Lansa ajak makan nasi (dia dan Apek belum dinner lagi) dan dia bawa kami ke satu kedai ni. Masakan kampung yang jenis order baru masak punye. Memang sedap. Kedai ni dapat info dari wife Lansa, Suli. Kalau korang nak pegi, boleh guna waze cari Tappers Cafe Kluang. Kedai ni berdepan. Bukak pukul 3 petang sampai 1 atau 2 pagi. Sekali tengok memang rasa taknak masuk kedai makan ni. Pasal takde orang langsung! Kat sebelah kedai makan ni ada kedai tomyam. Ramai. Agak syak jugak mula-mula nak masuk kedai ni. Makanan siap dalam 20 minit macam tu la.

Ikan kembung masak asam pedas kalau tak silap. Semua baru dimasak.
Dah sudah makan, bergerak ke Mersing dalam pukul 12.30 pagi lalu ikut Felda Nitar. Dekat sikit banding ikut Jemaluang. Sebelum simpang ke Felda Nitar tu, akan lalu Kahang. Yang lepas Kahang tu pernah lalu masa kabus tebal. So hati-hati la memandu ye. Pasal jalan pon bengkang-bengkok. Kami sampai di Hotel Embassy (hotel rasmi kalau nak ke Tioman haha) dalam pukul 1.30 pagi. Tak tidur terus. Borak-borak dulu. 2.30 pagi kot baru tidur. Hotel Embassy ni pada aku ok je. Hotel bajet. Nak bermalam kejap je pun. Ada aircon pon dah ok dah. TV ada tapi aku tak ingat pulak channel ape je ada.

5 Ogos 2016

Esok harinya, aku bangun pukul 6 pagi. Kali ni rilek sikit pasal feri pukul 9.30 pagi. Biasa naik feri pukul 6.30 atau 7. Jadi, pkl 4.30 dah bagun dan bersiap-siap. Kalau yang tak pernah pergi Tioman, feri Tioman yang bergerak dari Mersing ada jadualnya yang sendiri, ikut air pasang surut. Pasal kuala sungai Mersing ni cetek disebabkan lumpur. Jadi, feri kena masuk masa air tengah pasang untuk elakkan dari feri tersangkut. Call no ni untuk info: Bluewater ferry 07-7994811/8518 (Mersing) dan 012-21602236 (Tg. Gemok).

Pukul 7.30 pagi dah check out hotel, terus ke parking lot sebelah Plaza D'Jeti. Parking ni bukak pukul 8.00 kot. So, kalau awal pagi korang nak cari parking, biasa ada je pengusaha parking kat rumah-rumah area situ tanya-tanya nak cari parking ke tak. Lepas park kereta, nanti diorang akan hantar ke jeti.

Kat Plaza D'Jeti tu ada kedai makan, kedai cenderahati, kedai serbaneka, toilet dan surau. Boleh la settle apa-apa kat situ sebelum naik feri. Aku beli air mineral beberapa botol (besar) dan masukkan dalam beg. Air mineral kat pulau mahal sikit, jadi boleh la jimat. Beli kat pulau kalau tak cukup air je la. Masa ni baru cukup korum. Semua ahli rombongan dah sampai. Ketua rombongan Syariz & family, adik ipar Syariz & suami, Suraya & family, Jun Wen, 'doc', Apek, Lansa dan aku. Divers cuma aku, Lansa, Apek, Syariz, Jun Wen, doc dan Suraya.

Kalau korang dah booking feri, korang pegi kat kaunter tu untuk dapatkan tiket dan 'boarding pass'. Boarding pass ni ada warna-warna tertentu untuk feri tertentu. Jangan silap naik pasal destinasi korang feri tak sama. Ye, memang ke Pulau Tioman tapi kat sana banyak kampung-kampung. Yang aku perasan, semua feri akan ke Tekek dulu kemudian feri akan ke arah utara atau selatan pulau. Air Batang, Panuba Inn dan Kg Salang tu ke arah utara. Kg Paya, Kg Genting, Nipah, Mukut tu ke arah selatan. Oh, masa beli tiket tu dah bagitau nak ke mana ye! Feri RM35 sehala. Kat jeti tu jugak kena bayar pas taman laut. RM5 je. Sama macam nak masuk taman negara. Feri ke Tekek ambil masa dalam 2 jam. Sampai ke Salang dalam 2 jam setengah.

Sampai dalam pukul 12, masuk chalet Salang Pusaka Resort, makan dan siap-siap nak pergi diving (boat dive). Kami guna Scuba-naut Dive Center. Chalet dengan dive center dekat. Senang nak ulang-alik kalau tertinggal barang ke ape. Restoran resort ni pon sebelah je dgn dive center. 1st dive kami ke Batu Malang. 2nd dive kat jeti Salang je. 3rd dive (night dive) pon kat area jeti Salang. Aku, Apek dan Suraya tak ikut. Bawah jeti Salang ni yang bestnye ikan banyak. Betul-betul banyak. Biasa ikan selar kat situ (kalau tak salah).

6 Ogos 2016

Kami boat dive kat Tiger reef dan Labas. Hari ni Suraya dah tak join dive pasal dia dan family pergi snorkeling. Visibility kurang cun. Dalam 10 meter je. Petang tu Syariz, Apek, Lansa, Jun Wen dan doc pergi Pulau Soyak. Kat situ biasa jumpa penyulah. Memang port dia pon. Aku tak pergi. Malas nak sakit telinga lagi. Susah nak equalize. Telinga kiri aku memang susah nak equalize, tapi kali lagi teruk pasal baru baik dari selesema agaknya. Jun Wen lagi la baru nak start selesema tapi doc ada supply dia ubat. Dia pon ada masalah equalize jugak masa ni.

Kami kat resort amik pakej makan, so makan disediakan untuk 2 dinner, 1 lunch dan 2 breakfast. Tambah RM100. Aku rasa dengan amik pakej ni, macam jimat sikit. Banding yang lepas-lepas, lepas dive je pegi minum dan makan light. Pasal lapar lepas dive. Kalau ikut pakej ni, macam terkawal sikit pasal kita tunggu je waktu makan tu. Cuma ada la beli kudapan sikit untuk alas perut.

7 Ogos 2016 

Feri kami pukul 8.30 pagi. Sempat sarapan dulu kat restoran dan terus rushing ke jeti. Sampai kat Tekek, kena tukar feri. Alamak, dah macam naik bas nak ke utara pulak. Kena tukar bas kat mana-mana. Tak tau sebab apa, semua penumpang keluar tukar feri. Lepas tu masa dah nak sampai jeti, kira kat kuala sungai, penumpang yang duduk depan semua disuruh keluar, berdiri kat anjung feri. Aku rasa dia nak paraskan feri supaya kipas bos tak sangkut kat lumpur. Kejap je kat luar, dalam 5 minit. Lepas tu masuk dalam balik.

Sampai je kat jeti, aku, Apek dan Lansa terus ke kereta. Nak terus gerak pasal plan nak makan kat Kluang Railway. Biasa makan dulu kat kedai makan sebelah jeti tu. Sampai kat kereta, tayar bocor la pulak. Memandangkan hari tu hari Ahad, kedai tayar banyak tutup. Memang Johor hari Ahad kerja, tapi yang kerja orang kerajaan je la. Guna tayar spare sampai ke Kluang, baru jumpa kedai tayar utnuk tampal bocor. Kereta adik ipar Syariz pulak (Viva) starter rosak. Tak boleh start. So panggil pomen/tow. Tak ingat dah.

Plan nak makan kat Kluang Railway (yang kat tepi stesen keretapi) terbantut pasal tutup. So kami pergi cawangannya je. Nak cerita pon tak tau pasal tak biasa dengan Kluang ni. Makan sampai kenyang (Lansa ntah berapa kali tambah roti) lepas tu bergerak balik ke Pagoh untuk hantar aku dan diorang teruskan perjalanan ke Kajang.

So, siapa-siapa yang tak pernah ke Tioman, aku cadangkan korang pergi ke Kg. Salang. Pada pendapat aku, Kg Salang ni ada teluk dan coral yang best. Ombak pun tak kuat. Sesuai untuk family dan budak kecil. Nak snorkeling dan berenang cukup dah kat pantai sini. Kalau nak dekat dengan tempat mandi, pilih Salang Pusaka dan Salang Puteri. Ada lain tapi tak pernah duduk jadi tak ingat nama. Nak snorkeling boleh sewa alat kat situ. Selain snorkeling kat coral, kat bawah jeti pon best. Banyak ikan. Kalau nak pergi snorkeling trip (boat trip), korang boleh la tanya kat sana. RM35 rasanya. Kalau kat Kg Salang ni, tempat biasa diorang bawak kat Batu Malang, Pasir Panjang (Pulau Tulai) dan Pulau Soyak. Aku pernah juga duduk kat Air Batang, tapi aku tak rasa best sangat. Pantai berbatu-batu. Itu pada pendapat aku lah.

Kot la kalau-kalau korang nak belajar scuba diving, korang boleh contact kawan aku ni, PADI Instructor Syariz (+60 123909460). Cuba korang tengok instagram dia. Gambar lawa-lawa. Banyak dari kamera dia sendiri. Dia base kat KL/Selangor. Pool session biasa buat kat PJ Palm. Open water biasa buat kat Tioman. Tapi pernah jugak dengar dia buat kat pulau area Terengganu.

Ni aku kat bawah jeti Salang. pc: syariz

Cuttlefish kat area jeti Salang. pc: Syariz
Lansa dan Apek kat Batu Malang
Kat bawah jeti Salang
Morray eel. pc: Syariz
Blue spotted stingray. pc: Syariz
Info lain:

Azmi Dive: 011-21602236 (Kg Salang)
B&J Diving: 09-4195555 (Kg. Salang)/09-4191218 (Air Batang)
Salang Pusaka Resort: 013-9322567
Salang Indah Resort: 09-4195015
Dive Asia: 09-4195017 (Kg Salang)
Salang Bay Divers: 017-3717276 (Kg Salang)
Johan's Chalet: 013-3490953 (Air Batang)
Eco Divers: 013-6022640/0133687833 (Air Batang)
Ray's Dive: 019-3308062/019-3338682 (Air Batang)

Post pasal Tioman yang lain, klik sini.