Friday 4 May 2018

Ride ke Ulu Perdak, Karak (1 Mei 2018)

PC: Pok Deng


Aku bertolak dari rumah di Sg Rambai pada jam 6.30 pagi. Masih gelap. Sepanjang perjalanan dari rumah hingga ke Felda Kemendor (M129), aku diringi bulan purnama yang berada rendah, menandakan hampir terbenam di barat. Korang tau tak bulan pun ada terbit dan terbenam? Nah, klik sini. Suasana memang sangat cantik memandangkan langit pun tiada awan. Cuma, aku takde gambar lah.

Aku berhenti mengisi minyak di Petronas Gemencheh. Isi kedua - dua tangki minyak dan botol sebagai spare. Ride waktu pagi ni kelemahan dia satulah, banyak serangga terbang yang melekat di visor helmet dan jaket. Aku teruskan perjalanan ke Bahau melalui Pekan Jelai (FT 246) dan tiba di Bahau pada jam 8.10 pagi di mana aku singgah Petron Simpang Bahau untuk ke tandas dan membersihkan visor helmet yang tadi aku terlupa untuk bersihkan.


Petronas Simpang Bahau. Boleh nampak tulisan 'Bahau' kat tepi bukit tu.


Dari Petron tu, aku ke Batu Kikir melalui Serting Hilir sebelum belok ke kanan ke arah Simpang Pertang (FT9). Di Simpang Pertang, aku berhenti untuk mengisi minyak di BHP dan sarapan di kedai mamak Khaffur & Rahimatullah. Makan lebih kurang 20 minit, aku sambung perjalanan ke waypoint Sg. Perdak pada jam 8.50 pagi.


Dari depan kedai mamak Khaffur. Boleh nampak simpang ke Kuala Klawang.


Selepas dari Simpang Pertang, jalan mula berliku. Pekan pertama yang dilalui selepas berhenti tadi adalah Simpang Durian. Kat sini ada Petronas untuk isi minyak.

Melepasi sempadan Negeri Sembilan - Pahang, aku melalui pekan Simpang Pelangai dan selepas itu pekan Manchis. Selepas je simpang ke Chemomoi, bermulalah selekoh - selekoh bahaya dan hairpin yang terpaksa aku lalui. Rider tak power macam aku memang rasa mencabarlah laluan ni. Cuaca yang baik dan jalan yang kering membantu aku untuk layan corner dengan lebih confident dan selamat. Setelah melalui pekan Telemong, aku kurangkan kelajuan untuk mencari waypoint Sg. Perdak. Kat pekan Telemong tu ada BHP kalau nak isi minyak. Aku tiba di waypoint pada jam 9.50 pagi.

GPS way point Sg. Perdak: 3.326730,102.062188


Jambatan Sg. Perdak selepas simpang masuk Sg. Perdak dari arah Telemong.

Sebelum jambatan Sg. Perdak dari arah Karak.

Pada jam 10.30 pagi, rombongan dari arah Karak tiba. Jam 10.45 pagi, kami semua bergerak menuju ke Ulu Perdak. Dari waypoint ke Kg. Orang Asli Sg. Bot, jalan yang kami lalui adalah jalan tar yg agak baik. Cuma sempit sedikit. Aku bawa secara santai je sebab biasa jalan macam ni selalu berlumut sebab banyak pokok yang lindung jalan daripada kena cahaya matahari.


Pok Deng, Aku dan Jo di waypoint. PC: Pok Deng

Waypoint Sg. Perdak. PC: Pok Deng

Off-road bermula di Kg. Orang Asli Sg. Bot, jalan batuan kecil sebelum menjadi jalan tanah merah. Ada sebahagian jalan terdiri dari batuan - batuan yang agak besar dan ada juga yang berlumpur.  Boleh dikatakan jalan semakin sukar apabila mendekati campsite. Kami mendaki sehingga ke puncak bukit sebelum belok ke kanan dan turun melalui jalan tanah  merah yang licin. Masa menuruni bukit tu, hujan mula turun tetapi taklah lebat mana.

PC:Zool
Kes pertama Versys 1000 tumbang.
Teamwork sangat diperlukan semasa off-road.
Pok Deng yang biasa off-road pun boleh jatuh. Perkara biasa. PC: Zool


4 peserta yang tiba awal. Berteduh bawah pokok buluh sebab hujan.


Lebih kurang jam 11.40 pagi, aku, Phui, Shah dan Jo tiba di campsite bersebelahan dengan sungai dan 6 orang riders yang lain tiba 20 minit kemudian. Kami yang sampai awal memilih campsite kecil sebelum sungai kerana moto aku dan Jo agak rendah untuk meredah air sungai. Ada 1 lagi campsite yang lebih besar berada di seberang sungai.


Air terjun di Sg. Perdak. Boleh nampak laluan ke campsite lagi satu yang lebih besar.
Pok Deng sedang merentas sungai.
Pok Deng di beting pasir seberang sungai.



Sampai di campsite, aku keluarkan barang - barang untuk membuat air kopi O dan mi segera untuk makan tengahari. Telur ayam yang aku bawa pecah sebiji, mungkin akibat terhentak semasa melalui off-road yang lasak. Dah disalut tisu tapi mungkin kurang. Yang lain - lain ada yang makan nasi bungkus, mi dan ada juga cuma bawa roti untuk makan tengahari.

Selepas makan, kami mandi - manda sambil berborak - borak melepaskan penat. Jam 2.50 petang, kami mula bergerak keluar dari campsite.


PC: Zool
Kat simpang sebelum ke campsite semasa balik. PC: Ijal
Last berkumpul untuk mengambil gambar sebelum balik. PC: Zool


Perjalanan balik aku menggunakan jalan yang sama semasa pergi. Lebih kurang jam 4.00 petang aku bergerak dari waypoint, sambil mengikut di belakang moto Jo yang menuju ke arah Telemong mencari kedai servis motosikal untuk membaiki masalah pada tayar motonya. Malangnya, kedai servis moto di Telemong tutup pada waktu itu. Jadi, Jo terpaksa patah balik ke arah Karak dengan tayar yang kurang angin. Aku pula teruskan perjalanan melayan selekoh - selekoh di antara Telemong hingga ke Simpang Pertang.

Angin petang tu sangat kuat dari Simpang Durian hinggalah ke Bahau. Siap ada dahan yang patah sehingga menutup 1 lorong. Awan hitam kelihatan tapi alhamdulillah tak hujan sehingga aku berhenti rehat di Pekan Bahau.

Selepas berehat untuk minum dan makan roti telur, aku mengisi minyak di Petron Simpang Bahau sebelum meneruskan perjalanan dalam keadaan hujan yang tidaklah terlalu lebat sehingga sampai di rumah pada pada jam 7.30 malam.


Minyak: RM 17.90
Jarak: 378 km (total). -  dari waypoint, 4 km jln tar dan off-road 8 km sehala
Masa: 13 jam
Riders:
1. Aku - Honda Wave 100
2. Shah - Yamaha 135LC
3. Ejat - Honda RS150
4. Ijal - Honda Wave 125
5. Jo - Modenas Kriss 100
6. Wan Moon - BMW F800 GS
7. Phui - BMW F800 GS
8. Zool - Kawasaki Versys 1000
9. Pok Deng - Kawasaki Versys 650
10. Kimi - Keeway TW200

Boleh baca kat sini untuk trip yang sama, tapi berbahasa Inggeris.