Friday 30 August 2019

LUBUK MEREKEK, TAMAN NEGARA ENDAU-ROMPIN SELAI 20 JULAI 2019



Trip ni diilhamkan oleh Kicok, yang tetiba ajak ke Selai atau Lemakoh pada 19 - 20 Julai 2019, tak sampai seminggu lepas kami pergi ke Gunung Belumut - Sg Yong. Bini Kicok, Abe Hadi dan Abe Hafiz masa ni pergi ke trip Gunung Fuji, jadi memandangkan tiada bini kat rumah, apa lagi, Arbaie bujang kembali lah...

19 Julai 2019

Kicok dari Pontian dah bergerak pagi ni dengan anak-anak dia dan seorang anak buah dia ke Yong Peng. Abe Hadi yang bersorangan pulak bergerak dari KL ke Yong Peng, solat Jumaat di sana. kalau ikutkan, 2 orang ni je yang confirm nak pegi. Bicang macam-macam dalam group Whatsapp, tapi yang lain masih tak sure.

Lepas solat, Kicok dan Abe Hadi bergerak ke pekan Bekok, untuk mendaftar di Pejabat Taman Negara. Tapi sebelum tu, sempat singgah kat peraih durian, beli stok durian untuk dimakan kat campsite nanti. Mereka tiba di pekan Bekok lebih kurang jam 4pm.

Selesai pendaftaran, mereka bergerak ke taman negara dengan menaiki kereta Kicok, XC60. Perjalanan ke campsite, Lubuk Merekek, ambil masa selama sejam. Mereka tiba di campsite pada jam 6pm.

Pukul 6pm. Ipin, Pokce dan Mukmin tetiba ON. Gila...

Ipin dari Kajang naik moto 1200 GS dia. Mukmin pulak dari KL naik FZ. Diorang berdua jumpa di RNR Pagoh. Pokce pula dari pukul 10pm dah sampai di pekan Bekok. Pokce tunggu di kedai makan sambil-sambil menunggu Ipin dan Mukmin sampai.

10.47pm. Abe Hafiz call aku. Ajak aku pergi ke sana. Aku dah bagitau dalam grup kata nak pegi naik kereta dengan anak-anak, tapi Kicok kata kereta biasa tak boleh kecuali SUV atau 4WD. Jadi, aku cancel la nak pegi. Lepas tu pulak aku cakap nak pegi naik moto, tapi belum confirm. Dah Abe Hafiz call ajak, aku memang ON je lah sebab dia bawa kereta Forrester. Dia bawa anak 2 orang, aku bawa anak 2 orang. Ngam! Bincang punya bincang, aku suggest jumpa di Masjid Bukit Gambir time subuh.

Pukul 11 lebih  ke 12, Ipin dan Mukmin sampai di pekan Bekok. Pokce tumpang moto Ipin untuk masuk ke dalam campsite. Kereta Pokce park sebelah kereta Abe Hadi kat depan opis taman negara.


20 Julai 2019

Abe Hafiz dah bergerak dari KL ke Bukit Gambir jam 3.30am. Aku pulak bangun pukul 4.30am, kejut anak aku, terus gerak ke Bukit Gambir pukul 5am. 5.30 aku dah sampai kat Masjid Bukit Gambir dan tak lama lepas tu, Abe Hafiz pulak sampai. Tengok dalam group Whatsapp, kicok dah order durian dah dari malam tadi...

Lepas Subuh, Abe Hafiz, aku dan anak-anak bergerak dengan 1 kereta ke pekan Bekok. Naik kereta Abe Hafiz. Perjalanan ke Bekok ambil masa 1 jam. Lebih kurang jam 7.15am, kami dah sampai di pekan Bekok. Pagi-pagi lagi, kami dah cari durian kat peraih durian yang Kicok dan bagitau malam tadi.



Pilih-pilih, aku beli durian yang RM8/kilo. Ntah berapa biji ntah. Lepastu Abe Hafiz tambah lagi ynag Rm5/kilo. Total semua RM88. Oklah tu. Banyak dapat.

Lepas dah beli durian, kami sarapan dulu kat restoran sebelah pejabat taman negara. Kat restoran tu ada nasi lemak, roti canai dan mee goreng/nasi gorang/bihun goreng yang siap dibungkus. Aku bungkus sikit untuk dibawa ke campsite untuk makan tengahari. Lepas makan tu, ingat nak mendaftar, sekali opis belum buka lagi. Jadi, pergi cari kedai runcit untuk beli beberapa barang yang dikirim Kicok malam tadi.



Selesai mendaftar, kami bergerak ke Lubuk Merekek. Perjalanan tak susah mana, cuma ada beberapa bahagian yang perlu dilalui secara perlahan dan hati-hati. Maklumlah, bukan biasa bawa dalam hutan pun. Lepas sejam naik kereta, kami sampai di campsite dalam pukul 10am.

Sampai je kat campsite, apa lagi, makan durian la dulu. tapi anak-anak sibuk nak mandi dah. Selesai je makan durian, mandi sungai. Aktiviti hari tu memang mandi sungai, naik, makan, minum, mandi balik, makan, mandi, sampai la ke petang.




































Pukul 3.30pm, Ipin, Pokce dan Mukmin mula bergerak keluar dari campsite. Aku pulak tukar baju sambil kemas-kemas apa yang patut. Anak-anak aku, anak-anak Abe Hafiz masih mandi sungai lagi. Pukul 5pm barulah kami 2 kereta keluar dari taman negara. Kereta Kicok gerak di depan. Abe Hafiz follow belakang. Sampai di Bekok pukul 6pm, tapi sempat lagi cari durian. Dah dapat beli durian beberapa biji, kami makan di restoran sebelah pejabat taman negara tu.







Selesai makan, kami bergerak ke destinasi masing-masing. Aku dan Abe Hafiz ke Bukit Gambir, Kicok ke Pontian manakala Abe Hadi ke KL. Aku sampai rumah pukul 9.30pm dan masa tu anak-anak aku dah tertidur dalam kereta sebab kepenatan.

Fasiliti di Lubuk Merekek:
1. Tapak perkhemahan
2. Dapur memasak
3. Tandas dan bilik air
4. Surau

Thursday 15 August 2019

GUNUNG BELUMUT DAN AIR TERJUN SG YONG 12 - 14 JULAI 2019



Alhamdulillah. Trip kali ni berjaya dilaksanakan. Sebelum ni plan macam-macam tapi semua tak jadi. Ke situ lah, ke sini lah last-last senyap gitu je. Trip kali ni dirancang oleh Yaye. Sebelum ni, kami ke Gunung Inas tahun 2017 pun dia yang rancang. Terima kasih diucapkan kepada Yaye kerana memberikan kami trip yang sukar dilupakan.

Pada asalnya, trip ni adalah trip Belumut - Chemendong - Gua Rimau (CBR). Tetapi trip ni bertukar kepada trip Belumut - Sg Yong pada pertengahan perjalanan.


11 Julai 2019

Pokce dah bergerak awal ke Kluang selepas ada kerja di Muar. Niat dia nak pasang hammock di Hutan Lipur Gunung Belumut tak kesampaian disebabkan gate hutan lipur ditutup awal kerana hari itu adalah hari Khamis. Jadi, dia bergerak ke Masjid Jamek Daerah Kluang untuk bermalam di sana dengan memasang hammock di tiang pondok di kawasan masjid.

Notis di pondok pengawal hutan lipur Gunung Belumut

Pokce dah ready nak tidur sempat selfie satu dulu...


12 Julai 2019

Abe Hafiz, Abe Hadi, Yaya dan Mukmin sampai di Kluang sekitar jam 2.30am dengan menaiki kereta Abe Hafiz. Mereka join Pokce di Masjid Jamek Daerah Kluang dan tidur sementara menunggu masuk waktu subuh. Abe Hafiz pasang hammock manakala yang lain cuma tidur di atas lantai papan pondok.

Aku sampai di masjid jam 5.30am. Patut boleh awal lagi tapi google map hantar aku ke tempat yang salah. Dengan google map, aku dibawa ke Masjid India Muslim, lebih kurang 5 minit dari tempat yang nak dituju. Selepas sampai masjid yang betul, aku terus masuk ke dalam masjid memandangkan waktu subuh hampir masuk dan selepas subuh baru aku mencari kawan-kawan aku yang dah sampai lebih awal.



Selepas mendapatkan info waktu operasi Kluang Rail Coffee, kami bergerak ke sana lebih kurang jam 7am. Sudah ada pelanggan lain yang sudah duduk di meja makan sewaktu kami sampai. Lebih kurang jam 7.30am, kedai tersebut hampir dipenuhi dengan pelanggan. Boleh kata cuma ada 4-5 meja sahaja yang kosong. Aku dan Abe Hafiz bersarapan lontong dan bun kaya+butter. Yaye pulak pilih untuk makan bun sambal dan bun kaya+butter. Abe Hadi dengan nasi lemaknya, Mukmin dengan bihunnya. Rata-rata, semua memesan bun kaya+butter kalau tak silap. Memang sedap.

Abe Hadi (kiri) dan Yaye (kanan)

Ipin (berdiri) yang baru sampai 
Masa tengah bersarapan tu, guide kami, Saufi daripada SAS Adventure pun tiba dan tak lama lepas tu, Husnan dan Ipin pun sampai. Husnan ambil Ipin di rumahnya di Bangi sebelum bergerak ke Kluang. Kicok pula dah sampai di Felda Kahang Timur, mencari durian di kebun kawannya.

Kicok cari durian


Sebelum meneruskan perjalanan ke Hutan Lipur Gunung Belumut, kami berhenti mencari makanan untuk dibungkus buat makan tengahari. Sempat aku rakam gambar awan yang cantik menutupi puncak Gunung Lambak.

Awan Gunung Lambak

Tibanya kami di Hutan Lipur Gunung Belumut, Kicok sudah pun sampai sambil mengopek durian yang dibelinya tadi. Durian penuh di bahagian belakang kereta Volvo XC60 nya tu. Mengikut kiraan Abe Hafiz, ada 24 biji durian. Ada beberapa jenis durian tetapi IOI tu yang paling sedap dan yang paling mudah dikenali disebabkan isinya yang kuning.

Kopek jangan tak kopek

Selepas makan durian dan packing beg, kami menuju ke pintu gerbang Hutan Lipur Gunung Belumut. Guide kami, Saufi memberikan taklimat ringkas sebelum memlukan perjalanan. Katanya, trip kami ditukar. Kami mendaki Gunung Belumut dahulu dan bukan Gunung Chemendong seperti yang telah dinyatakan di dalam itinerary. Mukmin membacakan doa dan sejurus selepas itu, kami bergerak masuk ke dalam hutan pada jam 11am.


Abe Hadi bergerak ke pintu masuk

Mukmin berposing solo depan pintu gerbang

Abe Hafiz mengepak pulak dia


Yaye berposing solo

Pokce di belakang

Doa sebelum memulakan pendakian. Dari kiri: Husnan, Ipin, Mukmin
 Trekking dalam 45 minit, kami tiba di simpang Lata Tengkorak. Mendaki ke sini agak pacak juga. memang nampaklah kepenatan masing-masing. Di situ kami tinggalkan beg dan hanya membawa barang berharga, makanan dan minuman. Ipin yang ditugaskan membawa durian telah membawa durian bersama-sama ke Lata Tengkorak. Perjalanannya agak mencabar kerana perlu mendaki bukit yang agak pacak dan perjalanan mengambil masa selama 15 minit. Di situ, kami berehat sambil menikmati keindahan air terjun sambil menikmati durian. Ada yang mengambil kesempatan untuk berendam dan ada yang makan makanan yang dibungkus lebih awal tadi. Lebih kurang jam 12.30pm, kami beredar dari Lata Tengkorak menuju ke simpang untuk mengambil beg dan menyambung perjalanan ke arah puncak Belumut.

Simpang ke Lata Tengkorak
Ipin jinjing je periuk berisi buah durian yang dah dikopek.




Tak jauh dari simpang Lata Tengkorak, kami sampai di CP 2. Terdapat batu besar berbentuk seperti cengkerang. Aku, Pokce, Abe Hafiz, Ipin, Yaye dan Husnan berhenti sekejap untuk mengambil gambar.

Rupa macam kerang gergasi
Lepas dari batu kerang ni, kami trekking ke CP3. Pendakian tak seteruk tadi. Kami trekking dalam 1 jam untuk tiba di CP3 dan berehat sebentar di situ. Pendakian ke CP4 (campsite dan last water point) agak lama. 2 jam perjalanan dan pendakian yang mencanak. Tapi kali ni trek lebih kecil dan pokok-pokok yang boleh dipaut juga banyak. Jadi takdelah tenaga tu habis pada kaki je. Pada masa ni, semua dah pewai kecuali Kicok, Mukmin dan Abe Hadi. Dengan guide pon pewai. Aku slow-slow je langkah. Ipin yang tadi slow siap potong aku lagi.

Aku tiba di campsite CP 4 pada jam 4.40 pm. Kicok, Ipin, Abe Hadi dan Mukmin dah tiba lebih awal.

Apabila semua sudah sampai di campsite, masing-masing mengeluarkan ration dan equipment yang dibawa dalam beg. Aku pula turun ke punca air untuk mengambil air. Sedang elok flysheet siap dipasang, hujan turun dengan agak lebat. Masing-masing berehat di bawah flysheet sambil menikmati air teh o panas bersama biskut gula.

Disebabkan tiada apa yang boleh dibuat, aku mengeluarkan bahan-bahan untuk memasak seawal jam 6 petang. Sepatutnya aku yg dipertanggungjawabkan untuk memasak lauk ayam masak kicap untuk makan malam hari ni tapi Ipin, Kicok dan Husnan nak tolong, jadi aku biarkan je lah. Aku cuma potong bawang, bawang putih dan halia je. Kicok yang lebih berbakat memasak mengajar Ipin  dan Husnan cara-cara memasak ayam masak kicap. Selepas siap memasak ayak masak kicap, mereka masak kobis goreng pulak. Yaye bertugas memasak nasi. Selesai makan malam, durian yang dibawa dari bawah tadi dijadikan pencuci mulut.

Start masak dah...



Sambil-sambil lepak lepas makan malam, datang idea daripada Kicok untuk buat serawa durian. Durian yang kitorang bawa terlalu banyak sampaikan makan tengahari dan malam pun belum habis-habis. Kicok bagi arahan je kat Yaye apa yang perlu dimasukkan. Dengan bahan yang sedia ada je, maka terhasillah serawa durian. Sepatutnya roti untuk dibuat sarapan dah pun dimakan cicah dengan serawa.

Serawa durian yang sudah siap dimasak

Ketupat palas segera yang dimasak Yaye untuk dibuat lunch esok

Borak-borak santai sebelum tidur
Masa tengah borak-borak tu, muncullah idea tak nak complete kan trip CBR. Setelah perbincangan, maka semua sepakat untuk tidak meneruskan pendakian ke Gunung Chemendong. Jadi, esoknya kami plan untuk ke Puncak Belumut dan Puncak Gua Rimau sahaja. Sambil borak-borak tu, Yaye masak ketupat palas untuk dijadikan makan tengahari untuk esok hari.


13 Julai 2019

Selepas solat Subuh, aku tak tidur dah. Aku sorang-sorang pegi ke anak sungai untuk basuh pinggan dan ambil air dalam bekas untuk buat air panas.

Pagi ni sarapan murtabak maggi yang dimasak oleh Kicok. Masa tengah sarapan, perubahan plan berlaku. Tak nak pergi Puncak Gua Rimau pulak. Plan yang terakhir adalah naik Puncak Belumut, turun ke hutan lipur dan bermalam di air terjun Sg. Yong. Jadi, lepas sarapan, kami mengemas segala peralatan dan ration untuk dibawa turun dan packing siap-siap dalam beg. Lepas semua siap packing, kami semua naik ke puncak Belumut pada jam 10.30 am.





Kicok masak murtabak maggi


Tabung 'liquid fuel' MSR kepunyaan Ipin

Tabung liquid fuel dan dapurnya


Sebelum bergerak naik puncak

Naik ke puncak dari CP4 hanya mengambil masa 15 minit dan treknya agak landai.






Gunung Chemendong di kejauhan
Lunch ketupat palas segera cicah kari kambing dan rendang ayam adabi. Walaupun dalam tin, tapi memang sedap. Kami lunch di batu kerang masa otw turun.

Lepas lunch, kami teruskan perjalanan turun ke hutan lipur. Pukul 2.30pm camtu lah kami sampai.

Dalam pukul 3.30pm, Saufi, Ipin dan Abe Hadi keluar ke bandar Kluang untuk membeli bahan-bahan untuk BBQ malam tu. Kami pulak keluar ke Felda mencari kedai makan. Boleh pulak kat kedai tu buka TV ada cerita Bajrangi Bhaijaan yang lokasi penggambaran di kawasan sekitar pergunungan di Kashmir. Cantik sangat. Masing - masing teringin ke sana...

Lepas cerita kat tv habis, kami bergerak masuk semula ke hutan lipur sambil menunggu Saufi balik. Tak lama lepas tu, Saufi balik bersama - sama barangan yang dibeli dan kami pun punggah beg masing - masing dalam 4WD untuk bergerak ke air terjun Sg. Yong.

Dah nak bergerak ke air tejun Sg. Yong menaiki 4WD Saufi
Keadaan jalan masuk ke campsite air terjun Sg. Yong. Sikit je camni. Dah nak sampai campsite pun

Acara memasak BBQ. Ada daging ayam, kambing dan kerbau.



Malam tu kami makan BBQ ayam, kambing dan kerbau. Takde nasi langsung. Sayur pun yg ada cuma lada benggala. Itu pun BBQ. Air pulak kitorg buat air zappel campur buah cocktail. Sedap wei...boleh cuba. Malam tu program cuma makan dan borak - borak je. Makan sampai terlalu kenyang dan masih ada baki lagi.

Tidur malam tu nyenyak. Tidur diiringi dengan bunyi air sungai yang mengalir. Lama dah aku tak camping macam ni. Last tahun lepas kat Gunung Tangga.


14 Julai 2019

Pagi ni kami sarapan jemput - jemput dan lebihan BBQ semalam. Minum pulak dengan kopi O. Lepas je bersarapan, kami bersiap-siap untuk trekking ke air terjun Sg. Yong. Semua sekali ada 17 kolam dan kami target untuk ke kolam 17. Anggaran masa oleh guide 1 jam setengah katanya. Pokce tak nak ikut. Nak jaga campsite.

Kami sarapan jemput-jemput je pagi tu

Nan beraksi di dapur

Yaye baik punya kacau adunan jemput - jemput
Campsite air terjun Sg Yong

Aku taknak banyak cerita sangat pasal trekking ke kolam 17 air tejun Sg. Yong ni. Korang tengok je lah gambar. Memang cantik dan tak terusik sangat. Kami trekking dengan berselipar je. Kalau pakai kasut getah/crocs lebih sesuai sebab banyak cross sungai dan lalu lereng bukit. Lagi satu...baik bawak dry bag. Senang nak redah - redah sungai. Ada 1 tempat tu, aku cross dengan beg siap. Tapi henpon dah siap dalam dry bag kecik lah.









Kolam paling panjang kat sini


















Aku baru lepas berenang untuk sebab malas nak ikut lereng






Kolam 17
Semuanya boleh berenang 





Seingat aku, kami sampai balik ke campsite lepas trekking air terjun dalam pukul 1 tengahari. Kami lunch maggi dan pek kembara yang Pokce bawa je tengahari tu. Buat alas perut je. Lepas kemas barang apa semua, kami gerak balik ke hutan lipur jam 2.30pm dan sampai dalam pukul 3.00pm.

Pukul 3.30pm kami bergerak pulang lepas mandi dan solat. Sebelum berpecah ke destinasi masing - masing, kami makan cendol (Ipin request) dan pisang goreng dulu sebab semua dah lapar balik. Makan sikit je tengahari tadi. Pkl 4.30 macam tu semua bersurai... Kicok dan Pokce hala ke JB, yang lain semua hala ke utara ikut PLUS hiway.

Untuk trip macam ni, korang boleh contact SAS Adventure.