Thursday 31 October 2019

GUNUNG TANGGA 10 - 11 NOV 2018



9 Nov 2018 (Jumaat)

Setelah bersiap - siap, aku bergerak ke Core Republic, Tmn Melati lepas solat maghrib dan tiba di sana lebih kurang jam 9.30 malam. Di sana, parkir memang susah nak dapat. Aku terpaksa parkir sementara di Petronas untuk makan malam. Memandangkan ramai yang belum sampai, aku tunggu saja di restoran sehingga jam lebih kurang 10.30 malam. Selepas berjaya mendapatkan parkir berdekatan dengan Core Republic, Hanum datang ke kereta aku sebelum Kudin, Ummu dan Maaz yang tiba serentak. Memandangkan ahli car pool dah cukup, aku minta izin dari Heri untuk bergerak pada jam 11.00 malam. Aku ni jenis drive rilek-rilek...memang kena jalan dulu.

Sepanjang perjalanan, kami berborak sambil berkenalan antara satu sama lain. Hanum yang duduk di seat paling belakang tidur saja sehinggakan kami berhenti di R&R UTC Gopeng pun dia tak turun untuk minum. Ingin berehat di dalam kereta saja. Maaz, warga Sumbawa, Indonesia sudah menetap di Malaysia hampir 5 tahun dan bekerja di syarikat IT. Kudin, baru je kerja lepas grad dari Wollongong University dan Ummu pun baru lepas grad dari Unitar, bekerja di kedai kasut Brooks di IOI City Mall.

Sebuah lagi kereta, yang dipandu Heri tiba dahulu di R&R Lojing sebelum kami. Kami tiba lebih kurang jam 4.00 pagi. Heri bersama krunya Akmar dan Ame sedang membungkus ration dan peralatan mengikut bilangan line up. Sementara menunggu pagi, kami tidur dulu di dalam sebuah kontena yang diubahsuai menjadi surau.


10 Nov 2018 (Sabtu)

Aku bangun jam 6.00 pagi setelah alarm handphone berbunyi. Selepas solat subuh dan  bersiap - siap, kami bersarapan di Restoran Rafflesia dan membungkus makanan untuk makan tengahari. Bersama - sama kami adalah guide iaitu trekker lagenda, Pak Kassim. Seorang lagi peserta, Saiful, yang datang dari Mempaga melengkapkan bilangan peserta seramai 9 orang dan kami bergerak ke starting point dengan menaiki 4WD pada jam 8.30 pagi.

Kami tiba di starting point pada jam 9.00 pagi dan sedikit taklimat ringkat oleh Pak Kassim, kami terus berjalan ke Kem Pakma. dari starting point ke Kem Pakma, terdapat banyak paip - paip HDPE bersaiz besar yang dijadikan gravity pipe untuk menyalurkan air bersih dari jeram di bahagian atas gunung ke kebun - kebun sayur di kaki gunung.

Sampai je kami kat Kem Pakma dalam pukul 10 pagi, kami setup flysheet dan mula trekking balik dalam jam 11 untuk ke puncak. Awal perjalanan cerah tapi dah dekat-dekat puncak, hujan mula turun.

Sampai di puncak dah pukul 5 petang, ambil gambar sikit, 20 minit je di puncak, kami mula turun ke Kem Pakma. Hujan di puncak menyebabkan kami sejuk dan tak dapat lepak lama. Dengan puncak yang tak nampak view dan siap berkabus, memang tak perlu lama pun di atas sana. Lagi pun kami perlu turun untuk mengejar waktu siang yang makin singkat.

Kema, Heri dan Ame turun dengan lajunya. Yelah, mereka adalah gogo dan krew, nak kena masak. Kami yang lain turun rilek-rilek je. Aku sampai di Kem Pakma dalam jam 8.30 malam rasanya. Sampai-sampai, kami tak menunggu lama untuk makan malam.


11 Nov 2018 (Ahad)

Kami bergerak keluar dari hutan agak lewat kerana dah janji dengan powil ambil dalam pukul 1. Sampai je kami di R&R Lojing, masing-masing membersihkan diri dan makan dahulu sebelum bergerak pulang ke KL. Ingatkan tak singgah mana-mana rupanya berhenti makan kat kedai makan kambing bakar di Simpang Pulai. Lepas makan, kami terus shoot ke KL.














Line up
1. Heri
2. Akmar
3. Ame
4. Kudin
5. Maaz
6. saiful
7. Ummu
8. Hanum
9. Asoi

GUNUNG KINABALU 20 - 21 APRIL 2019

Lupa nak cerita pasal trip Kinabalu kali ni. Sebab kali kedua, jadi tak banyak cerita. Kali pertama tak sampai summit sebab hujan kat puncak tapi kali ni sampai. Kali pertama boleh baca kat sini.

Ada sikit gambar kenangan.

Team Melaka









Video pun ada sikit.

https://www.youtube.com/watch?v=OYBxYfAPX0E
https://www.youtube.com/watch?v=oSlUJ4Z7DjY
https://www.youtube.com/watch?v=OHY2tKdI5VU
https://www.youtube.com/watch?v=pwq7HiSU19A
https://www.youtube.com/watch?v=zpJyj6Jrsho