Friday 2 February 2018

MENDAKI KINABALU YANG TAK SUMMIT 9 - 10 DISEMBER 2017



Sebelum aku cerita pengalaman, aku cerita la sikit tips. Aku combine apa yang aku tau sikit - sikit dan apa yang orang beritahu atau aku baca dari mana - mana.

Peringatan dari Sabah Park


Keperluan mendaki


Kalau ikut susunan aku, aku buat macam ni:

Beg - aku bawa 3 beg; 32L, 20L dan 10L. Yang 20L tu jenis boleh compress. Aku buat simpan baju kotor masa datang ke KK (1st day) dan baju masa nak balik (4th day). Beg ni aku tinggalkan kat Kinabalu Park je. Bayar RM12/beg. Barang yang tak perlu bawa naik, jangan bawa naik. Kalau nak guna porter, bayar je lah RM13/kg, minimum 10 kg. Kira RM130 untuk 1st 10kg.

Jadi, aku packing masa naik gunung macam ni:

Beg 10L tu untuk summit. jadi aku simpan je dalam beg 32L. Dalam beg 32L tu ada keperluan lain -

1. Jacket/sweater yang tebal. kalau tak dapat tebal, bawa 2-3 helai.
2. Seluar/track suit untuk tidur.
3. T-shirt untuk tidur.
4. Stokin 1-2 pasang - guna stokin ni masa nak summit kalau stokin masa 1st day tu dah basah.
5. Glove - glove yang sama kalau korang tidur guna glove.
6. Snow cap dan buff (2)
7. Mi segera dalam cawan. Mudah nak masak. Masak je air guna cerek elektrik dalam hostel. Curah je dan garpu pun dah ada. Kalau sampai awal kat Laban Rata, boleh makan mi segera dulu sebab makan malam jam 4.30 petang.
8. Roti sikit.
9. Coklat dan kudapan.
10. Botol air/hydration pack yang berisi air. Hydration pack aku 2L.
11. Windbreaker/raincoat - guna kalau sejuk sebab angin dan hujan renyai.
12. Poncho (light weight) - guna masa hujan yg agak lebat. Boleh juga guna yang disposable. Last point korang boleh beli kat Pekan Nabalu.
13. Serbuk kopi/teh/coklat 3 in 1 untuk minum panaskan badan.
14. Tuala kecik/tuala travel
15. Selipar
16. 1st aid kit
17. Headlamp
18. Berus gigi dan ubat gigi. Yang lain tinggal pasal korang tak mampu nak mandi kat Laban Rata nanti. Sejuk sangat wei...nak kumur pun rasa kebas mulut. haha

Keperluan masa trekking -

1. Baju trekking. Aku pilih lengan panjang (kurang sejuk)  dan kain polyester (cepat kering).
2. Seluar trekking. Pilih yang ringan dan cepat kering. Aku pakai seluar Karrimor.
3. Stokin
4. Tights (gantikan underwear)
5. Kasut. Aku pilih kasut trail running sebab ringan dan grip brand Columbia. Boleh juga pakai kasut hiking dan kasut getah. Ikut kemampuan dan keselesaan. Kasut sukan/jogging tu tak payah. Licin nanti.
6. Hiking pole jika perlu

Kenapa tak perlu bawa sleeping bag? Kat hostel Laban Rata tu ada selimut tebal. Selesa dah. Tapi kena juga pakai jaket, snow cap, stokin dan glove.

Persiapan fizikal -
Aku cuma jog je seminggu sekali. Lagi 2 minggu nak pergi, aku buat jog seminggu 2 kali. Ada buat squat sikit dengan kettlebell 24kg kat rumah. Itu je lah kot.

7 Disember 2017

Aku dah gerak awal ke rumah Kicok di JB sebab nak naik flight pagi tu jam 7.25 pagi di airport Senai. Sampai kat rumah dia dalam jam 11.30 malam jugak. Lepak dan borak kejap dengan Kicok, lepas tu aku masuk dalam bilik packing sikit dan terus tidur.

8 Disember 2017

Pukul 5.30 aku dan Kicok bergerak ke airport Senai. Kami solat Subuh di sana sebelum naik flight. Turun di airport KK, orang pertama kami jumpa adalah Farit. Dia tunggu di airport je dari malam semalam. Setelah cukup ahli kumpulan (10 orang), kami bergerak ke arah Kundasang dengan menaiki 2 kereta siap pemandu. Kami singgah makan tengahari (nasi berlauk semua dah habis, yang tinggal cuma mihun dan maggi goreng je) di Pekan Nabalu (Restoran Nur Cafe). Rasanya ni je lah 1 restoran muslim. Sampai di Pekan Nabalu sekitar jam 1.00  tengahari dan keadaan hujan. Jadi, memang tak nampak pun Gunung Kinabalu dari viewpoint yang ada kat situ.

Lunch di Pekan Nabalu

Restoran Nur Cafe, Pekan Nabalu

Lepas tu kami melawat lembu hitam putih di Desa Dairy Farm, Kundasang. Tengok macam mana susu diperah dengan mesin, beli susu dan yogurt. Saje beli nak rasa konon fresh lah sebab beli kat ladang terus. Cuasa mendung dan gerimis, jadi pemandangan tak berapa menarik. Sebelum bergerak ke chalet, kami mencari sedikit kudapan tambahan di Pekan Kundasang. Kami menginap di J Residence Nabalu, kira -kira 300 meter dari Kinabalu Park. Makan malam pula di Restoran Panataran berdepan dengan Kinabalu Park Entrance. Kat sini ada Tahubang Lodge (hostel).

Kicok tengah beli susu
Selfie, jadi tulisan pun terbalik

Proses perah susu
Gambar kenangan di Desa Dairy Farm

Salah 1 bilik di J Residence


9 Disember 2017

Seawal jam 6.30 pagi lagi kami dah berkumpul di perkarangan chalet. Kalau di Semenanjung mungkin boleh kata awal, tapi di sini dah mula cerah sebab Syuruk pun pukul 6.14 pagi. Masing - masing dah berpakaian trekking dan menyandang beg.

Restoran Panataran dan Tahubang Lodge dari Kinabalu Park Entrance

Bila semua dah bersedia, kami bergerak ke Restoran Panataran. Sampainya di sana, restoran masih belum dibuka. Jadi kami bergerak ke Kinabalu Park Entrance untuk pendaftaran. Sampai kat sana pun, pejabat masih belum dibuka. Pejabat hanya dibuka jam 7.00 pagi. Selesai pendaftaran, kami simpan beg kami di situ (bangunan sebelah pejabat) dengan bayaran RM12/beg. Semua beg dalam kumpulan kami diikat sekali. Beg - beg kecik kami combine je letak dalam 1 beg besar. Lebih jimat. Lepas simpan beg, kami turun semula ke Restoran Panataran untuk bersarapan dan ambil packed lunch yang dah ditempah semalam (masa makan malam).

Kinabalu Park Entrance
Route to the Summit
Terlalu cantik tapi tak dapat sampai ke puncak
Pas mendaki kinabalu


 Selepas sarapan, kami naik semula ke Kinabalu Park Entrance untuk naik van. Van tu sumbat semua 10 orang ahli kumpulan kami dan 2 orang guides untuk ke starting point, Pondok Timpohon (Timpohon Gate). Ambil gambar sikit dan buat sikit stretching selepas mendaftar masuk, kami mula mendaki pada jam 9.00 pagi.

Gerbang Selamat Mendaki di Pondok Timpohon


Sebelum masuk Pondok Timpohon
Pendaftaran pendaki di Pondok Timpohon


stretching
1st tangga yang kena turun selepas Pondok Timpohon.



Mendaki punya mendaki punya mendaki, aku pun sampai di Layang - Layang pada jam 11.25 pagi. Kat situ kami berhenti untuk makan tengahari. Sambil makan tu, dihiburkan dengan gelagat tupai yang jinak yang datang nak mintak makanan. Ada la aku bagi sikit makanan. Tupai tu siap datang ke tapak tangan. Aku bergerak semula pada jam 12.20 tengahari bersama Kicok.

Hujan mula turun selepas pondok Villosa (KM 5), lebih kurang jam 1.30 tengahari. Kicok dah keluarkan ponchonya, aku pula rasa hujan masih renyai, tak perlu pakai poncho. Mula dari situ, Kicok makin laju ke depan meninggalkan aku seorang. Lepas KM 5 ni, atau ketinggian lebih 3000m, nafas aku makin berat, cepat penat. Baru jalan 5 minit, dah terasa penat. Aku cuma berhenti berjalan, betulkan pernafasan dan berjalan semula. Hujan yang renyai tadi dah makin lebat. Susah pulak nak pakai poncho ni sorang - sorang dengan angin yang agak kuat. Lepas KM 5 ni pokok yang ada pokok renek, takde apa yang nak halang angin dan hujan lagi.

Akhirnya aku sampai di Laban Rata jam 2.18 petang. Terus aku cari Lemaing Hostel dalam keadaan hujan yang makin lebat. Tercari - cari juga aku sebab tiada apa - apa penunjuk arah. Aku belasah je belok ke arah kanan (sebab aku ada tengok peta kat bawah tadi) dan akhirnya ada 1 penunjuk arah ke Lemaing Hostel. Perlu naik tangga untuk ke atas. Yang pasti, poncho yang ada memang tak dapat halang dari elakkan lengan baju, hujung seluar dan kasut daripada basah.


Keadaan dalam Lemaing Hostel (bilik 2)

Sampai je hostel, semua dah ada kecuali Didi, Bai dan Athirah. Diorang sampai jam 2.40 petang. Lepas dah tukar baju kering, kami alas perut dengan makan maggi sementara tunggu dinner pada jam 4.30 petang. Makan  maggi panas - panas dapat jugak panaskan badan. Panas dan pedas; fuh memang terbaiklah time sejuk ni.

Achik sedang membaham maggi

Cak! 3 orang peserta yang terakhir sampai jam 2.40 petang

Jam 4.30 petang, kami bergerak ke kafe untuk makan. Makan secara buffet, tapi air minuman kena beli sendiri. Tidak disediakan. Masing - masing makan puas - puas sebab lunch tadi pun makan ala kadar. Pukul 6.00 petang, kami disajikan dengan persembahan Christmas carols sempena perayaan Krismas pada 25 Disember. Awal juga diorang buat, tapi takpelah.

Suasana di kafe Laban Rata. Hiasan dengan tema Krismas
Andy, Kicok dan Farit sedang makan malam

Christmas carols
Pukul 7.00 seingat aku semua dah baring kat katil masing - masing untuk tidur. Aku bukanya boleh tidur pun. Belum time nak tidur lagi.

Hujan lebat mula turun sekitar jam 11.00 malam (aku tak tengok pun jam, tapi ada yang beritahu). Aduh!!! Ini yang tak best ni. Aku sambung tidur nak sedapkan hati.

10 Disember 2017

Alarm yang aku setkan kat handphone aku berbunyi pada jam 1.30 pagi. Hujan masih lebat. Aduhhhh.... Confirm tak boleh naik. Aku dan Kicok siap - siap juga pakai baju trekking, untuk makan supper sambil nak tau juga apa plan pada pagi tu. Kami redah hujan untuk ke kafe, siap pakai poncho. Belum apa - apa kasut aku dah basah. Air yang turun dari atas gunung dah macam anak sungai. Pukul  2.30 pagi, pengumuman oleh guide mengatakan 'gate' di Sayat - Sayat dah ditutup. Laluan utama terhalang kerana sudah menjadi air terjun. Takde pendakian ke puncak pada pagi tu. Walaupun tak boleh mendaki, aku dan Kicok makan macam nak mendaki juga pada pagi tu. Kicok maklumkan dalam Whatsapp group yang pendakian berakhir di  Laban Rata. Lepas makan dalam pukul 3.30 pagi, aku dan Kicok balik semula ke hostel, sambung tidur.

Nasib baik aku target Laban Rata je

Subuh. Masing - masing bangun solat kemudian tidur balik. Apa lagi nak buat sejuk - sejuk, gelap -gelap macam ni. Dapat tau yang Achik pegi turun ke kafe jam 4.30 pagi ingat ada sarapan. Apehal!!?? Hahaha

Jam 7.30 pagi kami bersiap - siap untuk bersarapan. Beg semua angkut sekali. Malas nak ulang - alik naik ke atas hostel. Kami sarapan puas - puas dan ambil gambar sebagai kenangan sebab tak dapat naik puncak.

Bangunan belakang tu kafe Laban Rata. Atasnya ada hostel



Lepas puas bergambar, dalam jam 9.30 pagi, kami bergerak turun dari Laban Rata. Masing - masing macam berat je nak tinggalkan Laban Rata.

Andy yang prihatin

Kicok yang bergaya sakan


Kami tiba di Pondok Timpohon pada jam lebih kurang jam 1.30 tengahari. Lepas ambil gambar, kami naik van untuk turun ke Kinabalu Park Entrance pada jam 1.45 tengahari. Selesai semua urusan di Kinabalu Park, kami lunch di Restoran Panataran pada jam 3.00 petang. Van yang sama yang ambil kami di Pondok Timpohon yang hantar kami ke Ayana Holiday Resort. Jauh juga dari restoran tu.

View dari Ayana

Ayana Holiday Resort; tempat cantik, bilik cantik. Masing - masing mandi dan berehat sekejap sebelum keluar ke Ranau pada pukul 5.00 petang. Kami saja nak berjalan - jalan ke Ranau dengan menaiki van sewa untuk makan malam (sewa van RM160) sambil tengok - tengok tempat orang. Berhenti kat pasar Ranau, Kicok beli buah salak, aku turun tengok je apa yang menarik untuk dibeli. Cuma beli kuih cincin je. Lepas makan, kami pulang semua ke Ayana tapi sempat juga singgah di Pekan Kundasang beli chicken wing (lokasi depan Restoran Intan). Beli 35 kepak, 10 untuk peserta perempuan dan lagi 25 untuk peserta lelaki. Gila kau 25 kepak makan 4 orang. Sorang 6 ketul. Rasanya aku dan Farit kena habiskan sebab Andy dan Kicok makan sikit je. Thanks Andy sebab belanja kitorang chicken wing. Aku duduk 1 bilik dengan Kicok, dia dah tidur awal. Aku tertidur masa tengok tv.

11 Disember 2017

Pagi tu, masing - masing sarapan dalam bilik je. Menghabiskan side ration yang dibeli. Aku makan roti je dan buat air kopi guna kopi yang hotel sediakan.

Kereta untuk ke KK sampai dalam jam 9.00 pagi. Semua dah ready sebenarnya kat lobi. Aku dan Kicok je yang tunggu dalam bilik. Lepas je check out, kami bergerak ke KK tapi singgah kejap di Pekan Nabalu untuk shopping. Aku tak beli apa - apa pun. Cuci mata jelah. Hampir sepanjang jalan nak ke KK hari tu hujan. Sampai dah dekat KK barulah cerah. Aku tidur je lepas berhenti kat Pekan Nabalu tadi dan sedar kat Tamparuli. Bangun tidur dengan pening kepala dan loya nak muntah dengan jalan bengkang - bengkok tadi. Memang orang cakap naik Avanza ni memang senang pening kepala. Rasa lambat sangat nak sampai ke KK untuk makan tengah hari. Walaupun jalan dah lurus, tapi rasa pening dan loya tu masih ada.


Jambatan Tamparuli; tapi jambatan gantung Tamparuli tu ada kat sebelah kiri jambatan ni

Jam 12.20 tengahari kami semua sampai di kedai makan. Aku punyalah lega bila dapat keluar dari kereta tu. Dah dapat jirup udara segar dan berjalan sikit, barulah hilang rasa loya. Kononnya nak makan seafood, tapi dihantarnya driver kami ke kedai seafood yang mahal. Mantis Prawn RM200/kg, Tiger Prawn baby RM150/kg.




Bila kami tak berminat nak makan di situ, driver kami tunjuk kedai makan kat sebelah dia. Ayam goreng ala KFC (Borenos Fried Chicken). Masing - masing tak nak. Jadi, kami berjalan lah dari situ ke arah Pasar Philippines sambil mencari tempat makan. Akhirnya jumpa kedai makan Singapore Chicken Rice, sebelah McDonalds. Semua setuju. Lapar nasi agaknya. McD tak pandang pun. Lepas makan, kami bergerak ke Pasar Philippines untuk shopping. Selesai shopping, dalam jam 2.00 petang, kami bergerak ke airport. Aku dan Kicok lepak kat Oldtown White Coffee je sementara tunggu flight kami pukul 6.35 petang. Petang tu hujan di KK semasa kapal terbang nak berlepas. Kami tiba di airport Senai pada jam 9.00 malam dan aku terus balik ke Melaka selepas ambil kereta di rumah Kicok.

Lagu yang di'share' oleh Andy:

Tinggi Gunung Seribu Janji - Bob Tutupoly


Memang lidah tak bertulangTak terbatas kata-kataTinggi gunug s'ribu janjiLain dibibir lain dihati
Aku pergi takkan lamaHanya satu hari sajaS'ribu tahun tak lamaHanya sekejab sajaKita kan berjumpa pula ...



Bawah ni pulak lagu kecewa pasal tak dapat summit. Haha:

Harapan - Hyper Act

Bicara mimpi itu
Mengheret ku ke dasar
Gelap tangannya menggapai tangan ku
Dan munculnya dirimu
Di pinggir laman itu
Hangatmu menyambut ku kembali
Dan ku mengerti,
Mengapa masih berdiri,
Hadirnya siang berteman mentari,
Dan ku bersama,
Bintang malam mu mencari kasih ku
Ooo
Harapan
Harapan menjadi layu
Ingin ku bahgia bersama
Menjadi kenangan
Memburu impian masa kita
Selamanya
Dan angin kan memanggil
Bagai ada musafir
Hadirnya pergi tiada berjanji
Mungkin seketika
Ku merasa cintanya
Bagai dibelai mimpi sempurna
Dan taman ini
Tak bererti dan bersemi
Tiada indah tanpamu disini
Dan ku jejaki
Walaupun hanya secebis kasihmu
Harapan
Harapan menjadi layu
Ingin ku bahgia bersama
Menjadi kenangan
Memburu impian masa kita
Selamanya
Solo. C/O
Hati ku..
Meratap setinggi gunung
Pasti ku mencari bintangnya
Menjadi cahaya
Menyinar impian hidup kita
Selamanya

Selamat sampai semula di Pondok Timpohon. Full line up dari kiri: Norly, Baizura, Athirah, Didi Hanisah, Achik, Andy, Kicok, Aku, Ejat, Farit
Berjaya!

Sekian.