Friday, 13 May 2016

Solo Ride Tanjung Piai 8 Mei 2016

Kuda hitam kat depan pintu masuk Tg. Piai (bahasa Melayu)

Aku keluar dari rumah pukul 7.40 lepas siap sarapan. Laluan aku kali ni ikut Jalan Persekutuan 5 (FT5). Sg Rambai > Muar > Batu Pahat > Pontian. Kat Bandar Pontian baru keluar ikut jalan FT95 dan kemudian J111 ke Tanjung Piai. Lepas dari Bandar Pontian tu, terus je menuju ke arah Kukup sampai ke Permas. Lepas Balai Polis Permas, belok kiri. Korang akan lalu kawasan Kg. Serkat kemudian belok kanan kat simpang sebelah masjid. Lepas tu korang terus je sampai la ada simpang belok ke kanan. Kat simpang tu ada kedai makan. Dari simpang tu korang boleh nampak menara kawalan maritim. Terus je lagi sampai jumpa simpang tiga, belok ke kanan. Sampai le ke Taman Negara Tanjung Piai.

Laluan ke Tangjung Piai dari Sg Rambai

Belok kanan kat simpang ni. Tiada papan tanda

Pintu masuk Taman Negara Tg. Piai (bahasa Inggeris)
Sampai kat Tg. Piai dalam pukul 10.45.

Pondok tiket Taman Negara Tg. Piai
Nak masuk kena beli tiket dulu kat pondok tiket. RM5. Kalau bukan warganegara RM10. Harga untuk kanak-kanak tak ingat pulak berapa.

Tiket

Mercu tanda
Masuk-masuk lepas kaunter tiket je ada mercu tanda ni. Korang tak perlu beli tiket kalau nak amik gambar depan mercu tanda ni pasal kat dalam nanti baru diorang cek tiket.

Ke arah jeti

Yang jauh tu Pulau Kerimon, Indonesia
Laut depan ni adalah laut Selat Melaka. Sebelah kiri jeti baru Selat Tebrau
Boleh tengok kedudukan Tg. Piai, Pulau Kerimon dan Selat Melaka kat sini.

 Mud Trail
Aku turun Mud Trail ni. Konon-konon nak berjalan atas paya bakau. Tapi pasal aku tengok macam kering dan keras je tanah, tu yang aku turun.

YNWA

Ke arah penghujung benua Asia

Kecewa aku tengok glob ni jadi macam ni
Sebelum ni aku cuma tengok je gambar Tg. Piai ni. Aku bayangkan glob macam gambar kat atas ni dan mercu tanda batu kat luar tu. Yang kat luar tu ok lagi. Yang glob tu aku kecewa bila tengok. Macam takde kerja pembaikan rasanya.

Tempat asal glob yang sedang dibaiki (kot)



Siput berongan

Taman Semaian beberapa spesis pokok bakau

Model Tg. Piai
Aku habis pusing semua tempat dalam Taman Negara Tg. Piai tu dalam masa sejam. Jauh juga berjalan. Kat sana ada jarak untuk ke semua lokasi dalam meter (m). Dan jarak sat tempat ke satu tempat ada yang 100m lebih. Ada 500m lebih. Kalau korang nak tau, Tg. Piai ni ambil nama sempena pokok paku piai yang banyak terdapat kat Tg. Piai ni. Kat kawasan paya bakau ni memang takde, tapi kat tepi jalan keluar dari Tg. Piai memang ada banyak. Hujung daunnya berwarna merah (cek kat sini). Mercu tanda yang ada tu pun gunakan motif pokok paku piai.

Fridge magnet yang dapat sambar
Lepas je siap berjalan di Tg. Piai, aku bergerak ke arah Skudai. Berhenti kejap makan cendol kat Permas sebab haus. Tengah lepak minum cendol, kawan sekolah aku, Nazim yang bekerja di Bandar Pontian ajak lunch. Lunch kat gerai makan asam pedas kat Rimba Terjun. Tapi aku tak makan la asam pedas kat situ so aku tak boleh bagi rating. Lepas makan, solat kejap kat Masjid Ahmad Shah Rimba Terjun. Senang je nak kenal masjid ni. Masjid ni sebelah perkuburan yang ada batu nisan yang besar. Batu nisan tu bukan batu nisan kubur sesiapa tapi hanya mercu tanda kawasan kubur tersebut.

Lepas solat aku bergerak ke Skudai untuk lengkapkan laluan FT5 aku dan aku terus ke Bukit Indah untuk berjumpa dengan tokey Jawhari Jati dan Seventees Cafe, Encik Kicok. Memandangkan aku sampai awal dan kafe belum buka, tokeynya ajak aku naik kereta untuk ambil anak dia balik sekolah. Sambil-sambil dia drive tu borak-borak la pasal lama tak jumpa. Sampai je kafe ngam-ngam pukul 5 dan kafe pun dah buka. Makan kuew tiaw goreng dan minum air mangga. Air mangga dia memang terbaik. Jus mangga siap isi mangga sekali dalam cawan tu. Peehhh...


Skudai

Seventees Cafe sebelah Jawhari Jati. Tokey dia pakai baju matching pulak dengan logo kafe
Aku bergerak balik ke Sg. Rambai dalam pukul 6 melalui Lebuhraya Utara-Selatan. Disebabkan dah gelap, aku keluar kat Pagoh, singgah rumah mak aku kejap dan kemudian sambung semula perjalanan balik ikut jalan lama Pagoh > Muar > Sg. Rambai. Sampai rumah dalam pukul 9.30 malam.

Nota:
Jarak perjalanan = 430 km
Minyak = RM20 (RM4 x 5 kali isi)
Tiket Taman Negara = RM5

No comments:

Post a Comment