|
Gunung Damavand dari sebuah stesen minyak di Polour. |
Jumaat 16/8
Aku sampai di KLIA pada jam 8pm. Hairi, adik aku, yang tolong hantarkan aku ke KLIA dan siap tolong tolak troli lagi sebab barang dan peralatan yang dikirim oleh Kicok terlalu banyak. 4 kotak dan 2 beg besar. Sampai je aku di kaunter check-in Mahan Air, kaunter M, Jay dah sedia menunggu. Jay, senior di UIA yang aku biasa dengar nama tapi tak pernah jumpa. Kebetulan aku sampai di situ, runner yang menguruskan barang yang dikirim oleh kedutaan Malaysia di Iran dah pun sampai. 3 kotak semuanya. Selepas tu, beransur-ansur peserta yang lain sampai. Peserta lain yang aku baru kenal ni adalah dari gabungan orang Malaysia dan Singapura, seramai 10 orang. Kiranya semua orang aku baru kenal hari tu.
|
Barang - barang yang dikirim oleh Kicok. 4 kotak tu makanan, 2 beg tu equipment memasak |
|
Dari kiri: Rahim, Nellie, Yunos, Azman Janggut. Hadap belakang dari kiri: Mirra dan Salena |
|
Urusan check-in baggage yang dibantu oleh Puan Jue (tudung kelabu) dan stafnya sambil diperhatikan oleh Jay (baju hijau). |
|
Kaunter M, kaunter paling akhir sekali |
|
Dalam tren menuju ke balai berlepas. Azman Janggut, Sham, Aidil dan Rahim. |
Seorang peserta, Azman Misman tarik diri saat akhir di KLIA disebabkan ibu mentua yg pulang menghadap Ilahi. Dgn berat hati dia pulang ke Singapura utk urusan pengebumian. Jadi, tinggal kami 11 orang meneruskan perjalanan ke Tehran; Aku, Faizal Juana (Jay), Hisham (Sham), Aidil, Azman Razali (Azman Janggut), Razali, Rahim, Yunos, Sumiarti (Nellie), Hasmirah (Mirra) dan Salena.
Nellie, Mirra, Yunos, Azman Misman, Razali dan Rahim adalah kenalan semasa sekolah menengah semasa di Singapura waktu dulu. Sejak 2 tahun lepas, mereka sudah mendaki beberapa gunung bersama-sama.
Aku ditugaskan oleh Kicok untuk membantu menguruskan check-in peserta. Dgn bantuan Puan Jue di KLIA, proses check-in luggage kami dipermudahkan.
Sabtu 17/8 - Hari Pertama
8 jam berlalu, kami tiba dia Imam Khomeini International Airport pada jam 3.45am waktu Iran (GMT +4:30 - Iran Daylight Time). Sebelum melepasi kaunter imigresen, peserta dari Singapura perlu membuat visa on arrival manakala kami yg lain terus membeli insuran. Insuran berharga euro 14/usd 16. Selepas urusan selesai di dalam airport, aku nampak Kicok, Fakhrul (Loe) dan Duan dah menunggu di luar tempat ketibaan. Kicok, Loe dan Duan mendaki gunung Alam Kooh dahulu sebelum menyambung ekspidisi ke gunung Damavand. Selepas bersalaman, kami dibawa Kicok ke money exchange di tingkat atas. Money exchange limitkan seorang usd 100 je untuk ditukarkan kepada duit rial Iran iaitu bersamaan 11.5 juta rial. Untuk ke Iran, memang digalakkan tukar duit usd/euro dulu di Malaysia kemudian baru tukar rial Iran kat sana.
Selesai tukar duit, kami beli simkad prepaid telco Hamrah Aval pula di tingkat bawah dengan harga 500,000 rial.
Bersamaan RM18.25. Murah dah tu utk 5GB data. Line pada aku ok je, tapi katanya Iran Cell lagi bagus masa atas gunung. Lepas aku beli simkad tu pergi ke surau, untuk solat subuh tapi bila masuk je ke surau, takde tempat wuduk. Kenalah pergi ke tandas untuk berwuduk. Nasib tak jauh. 1st time masuk surau org shiah ni. Jadi, boleh lah tengok sikit cara mereka sembahyang.
Milad, orang Iran yang menguruskan bas ke Rineh tiba dan membantu kami. Jam 7am, kami meninggalkan airport menuju ke Mustafa Guesthouse di Rineh. Milad ni anak saudara kepada Mustafa (arwah), pemilik guesthouse tu.
|
Pagi di Imam Khomeini International Airport. kat tengah jalan tu Milad |
Makan tengahari tu, tuan rumah yg masakkan kerana kami malas nak keluar sebab mahu berehat.
Petang sedikit selepas masing-masing berehat, kami bersiar-siar di pekan Rineh utk ambil angin petang.
|
Pokok anggur yang menjalar dari halaman rumah penduduk Rineh |
|
Kedai runcit di pekan Rineh |
Makan malam kami pada hari tu disediakan oleh tuan rumah. Nasi berserta salad. Dengan kebab kalau tak silap.
|
Makan malam yang disediakan oleh tuan rumah. |
|
Makan malam: roti barbari, nasi, salad |
Ahad 18/8 - Hari ke-2
Pagi tu kami bersarapan di guesthouse sahaja. Selebihnya kami berehat dan membuat persiapan utk mendaki gunung Damavand. Setelah selesai makan tengahari dan solat, 4WD sedia menungu kami di luar rumah. Kami 14 orang dibahagikan kpd 3 buah 4WD. Aku, Jay, Nellie, Mirra dan Salena naik 4WD yang pertama menuju ke Camp 2: Gusfand Sara/Masjid Sahib Zaman pada jam 2pm.
|
Di dalam 4WD menuju ke Camp 2: Gusfand Sara/Masjid Sahib Zaman |
|
Masjid Sahib Zaman dan puncak Damavand |
|
Pemandangan ke arah selatan gunung Damavand |
Barang-barang kami sampai kemudian dan kami tinggal di 2 bilik di bahagian tepi masjid. Sebuah bilik boleh menempatkan 6 org (3 katil double deck) siap dengan dapur masak manakala sebuah bilik mempunyai 3 katil single dan mempunyai ruang lantai yg luas untuk 6 org tidur.
Pada jam 3.45pm, kami melakukan latihan acclimatisation ke ketinggian 3170m. Pada ketinggian tersebut, ada bongkah-bongkah batu disusun bagi menjadikan kandang kambing di mana kami berehat sebentar sambil mengambil gambar. Masa ni, semua peserta kelihatan ceria dan tiada tanda-tanda AMS. Kami tiba semula di Camp 2 pada jam 5.30pm.
|
Putik bunga popi yang dah kering |
|
Kaktus jenis daun? Aku pun tak pasti |
|
Bunga popi sedang mekar |
|
Bersama Kicok, organizer/guide trip Damavand |
Setelah tiba dia Camp 2, Kicok segera memasak makan malam dan kami mula makan malam pada jam 7pm. Makan malam kami pada hari tu adalah daging salai masak lemak cili api, sayur kobis, sambal goreng wife aku.
|
Bilik ni ada 3 katil double decker, dan dapur memasak. Lantainya beralaskan karpet. |
|
Dapurnya ada siap periuk dan cerek yang besar. Cukup untuk kegunaan memasak 14 orang makan. |
|
Kicok yang sedang memasak sambil dibantu oleh Jay dan Duan. |
|
Senja di Camp 2 |
|
Sambal goreng ikan bilis yang wife aku masak. |
|
Makan malam: nasi, daging salai masak lemak cili api, sayur kobis goreng, sambal goreang ikan bilis, pisang |
|
Mihrab dalam surau |
|
Batu 'karbala' pelbagai bentuk dan saiz |
|
Masjid Sahib Zaman. Tertera kalimah Allah, Muhammad, Ali, Fatimah, Hasan, Husin |
Malam menjelma, aku dan Jay naik ke atas sikit untuk mengambil gambar pada waktu malam.
|
Semua gambar malam ni guna handphone Huawei Y9 guna mode star trail |
|
Big Dipper/Buruj Biduk |
Isnin 19/8 - Hari ke-3
Kami bersarapan masakan omputih sebelum mula trekking ke Camp 3: Barghah Sevom pada pkl 9.30am.
Setelah trekking dalam 4 jam, kami sampai di 1 anak sungai yg kering. Mengikut Kicok, sepatutnya ada air mengalir di situ. Mungkin disebabkan musim panas, tiada air yang mengalir. Ada tanda biru dicatkan di batu sebagai tanda adanya air di situ.
|
Jay berbaju kuning hari tu |
|
Baghal pengangkut barang |
Makan tengahari kami adalah lunch pack kembara. Nasi bersama ayam halia. Pek tersebut perlu dibuka dan dituang air ke atas pouch pemanas. Tunggu lebih lurang 5 minit, nasi dan lauk sudah pun panas dan sedia utk dimakan.
Setelah rehat hampir sejam, kami meneruskan perjalanan. Kali ini, kumpulan terbahagi kepada 3. Di depan sekali, Mirra dan beberapa org pendaki lelaki. Kemudian Salena dan beberapa pendaki lelaki dan akhir sekali Nellie dengan pendaki lelaki. Ketiga-ketiga pendaki wanita mendaki ikut pace masing-masing manakala yg lelaki tu sebagai support sahaja. Mirra nampaknya ok je tetapi Salena dan Nellie mcm dah kena AMS.
Lebih kurang 8 jam berjalan, aku tiba di Camp 3: Barghah sevom pada jam 5.30pm.
|
Dalam khemah makan. |
|
Khemah makan yang berwarna biru dan dapur untuk Kicok masak tu kecik je, sebelah khemah warna oren tu |
Aku, Jay dan Loe memasang 2 unit khemah di belakang khemah makan. Aku rasa Kicok nak kurangkan kos sewa khemah yang disediakan oleh Amir Reza. Jadi, aku, Kicok, Jay dan Loe tidur di khemah yang kami pasang tadi. Makan malam tu adalah nasi serta ayam masak merah.
|
Khemah kami berempat |
Malam tu lepas makan, aku ada ambil paracetamol sebab sakit kepala dan Kicok kata itu biasa je, sebab badan nak acclimatise.
Selasa 20/8 - Hari ke-4
Hari ni pagi sampai tengahari melepak saja. Walaupun lepak saja, tapi sebenarnya berehat sambil acclimatise. Kami bersarapan nasi lemak pagi tu manakala makan tengahari makan nasi goreng bersama ikan kering.
Pkl 3pm kami semua dah bersiap untuk trekking ke atas bagi tujuan acclimatise. Peserta wanita semuanya tak ikut disebabkan tidak sihat. Jadi, kami lelaki saja yg membuat latihan, iaitu seramai 11 orang.
Pada pertengahan jalan, Sham muntah dgn banyaknya. Dia pada awal lagi dah berjalan dengan perlahan dan tidak dapat mengejar pendaki di hadapan. Aku, Aidil dan Loe mebantu Sham di bawah. Paracetamol turut aku berikan kepada Sham untuk mengurangkan kesakitan Ams tu. Selepas berehat sebentar, Sham meneruskan perjalanan juga sehingga dia betul-betul tak larat. Dia ditemani Loe dan bergerak turun. Yang lain meneruskan trekking ke atas. Aku danAaidil di belakang cuba mengejar kumpulan di hadapan. Berdekatan dgn tempat kumpulan hadapan berhenti, aku dan Aidil melaporkan pening kepala dan mengantuk kepada Kicok.
Kami berhenti mendaki pada jam 5pm pada ketinggian 4800m dan selepas berehat sekejap, kami turun semula ke camp 3. Perjalanan turun hanya ambil masa 1 jam.
Rabu 21/8 - Hari ke-5
Hari ni kami sarapan roti canai. Roti canai frozen yang aku beli kat pasaraya Mega Merlimau. Roti canainya masih elok lagi walaupun aku dah beli sejak hari Khamis minggu lepas lagi. Bawa dari Malaysia dalam kotak polisterin. Tingaal panaskan je dan dimakan dengan kuah kari. Kuah kari kurang sedap sikit sebab guna kari ready-to-eat. Kicok cakap kari siam, tu yang tak sedap tu.
Selapas sarapan, kami berehat saja. Lepas makan tengahari lauk daging masak kicap, barulah aku keluar bersiar-siar di sekitar kawasan Camp 3.
|
Shelter di Camp 3 |
|
Helipad di Camp 3 |
|
Hard snow/glacier |
|
Lepak-lepak selepas makan tengahari |
|
Air yang membeku di atas batu pada waktu pagi. |
Khamis 22/8 - Hari ke-6
Aku bangun seawal 1.30am utk bersiap untuk mendaki puncak. Pergi toilet dulu buang apa yg patut dan solat. Malam sebelumnya tu aku tidur awal dan tak sempat solat dulu. Lagipun aku mmg nak kekalkan wuduk solat aku tu utk solat subuh sekali.
Pukul 2am aku masuk ke khemah makan. Disebabkan tiada selera, aku mula-mula cuma makan nestum 3 in 1 je. Kemudian sup pon sudah siap, aku makan mi sup beserta air milo. Masa ni. Azman Misman baru je sampai ke Camp 3 dari Camp 2. Dia bersemangat untuk sampai paling kurang di Camp 3.
Masa yang ditunggu sudah tiba. Pukul 3.40am, semua dah bersedia untuk trekking. 10 orang semuanya; Kicok, Rahim, Razali, Azman Janggut, Yunos, Jay, Loe, Aidil, Duan dan Aku. Untuk ke puncak, seorang guide dari Iran bernama Mehdi turut serta.
|
Angin bertiup agak kencang pada pagi tu |
Pendakian lancar dengan semua peserta ikut pace Mehdi. Selepas 2 jam trekking, kami berenti utk solat subuh dan berehat sebentar. Semua peserta dalam keaadan yg baik dan meneruskan perjalanan.
Selepas 30min mulakan perjalanan semula, Rahim tidak dapat meneruskan perjalanan. Matanya semakin sakit dan penglihatannya semakin kabur. Dia membuat keputusan untuk berpatah balik demi keselamatan dirinya sendiri. Jadi, kami tinggal 9 orang je yang meneruskan pendakian ke puncak.
4800m. Hari dah siang. Aku dah mula pening dan loya. Makin lama makin perlahan aku mendaki. Yang depan makin jauh. Tinggal aku dan Aidil je kat belakang. Mula2, Mehdi yang tunggu aku n Aidil. Aku n Aidil makin banyak kali berhenti. Sampai ada seorang mamat Iran sound aku suruh aku jgn byk berhenti dan teruskan bernafas (mungkin dia bermaksud cuba bernafas macam biasa, bukan nafas pendek). Aku jawab kat dia yang aku pening. Dia boleh balas yang dia pun pening juga. Jadi, aku paksa diri utk berjalan dan kurang berhenti. Sampai la aku separas dgn ice waterfall, aku muntah. Masa muntah tu rasa dah mcm apa ntah. Nak kata mcm nak mati, tak juga. Tapi lepas muntah tu, loya dah hilang, pening pun kurang. Org Iran kat belakang aku suruh aku duduk dan minum air.
Lepas dah ada kekuatan, aku mula balik pendakian. Nafas pendek disebabkan udara yang semakin menipis. Banyak kali aku duduk berehat kat atas batu disebabkan kepenatan. Sampai la 1 tempat ni, kawasan asap sulfur mula keluar. Kat situ tiada batu-batu besar utk aku duduk. Dari situ aku berjalan tanpa henti. Eh. Berhenti juga, tapi berdiri je. Utk lepaskan lelah. Lepas tu sambung lagi. Tengok pendaki Iran lain masih lagi mendaki ke puncak, aku tau, aku masih ada masa untuk sampai ke puncak. Walaupun Mehdi ckp cut-off time adalah pukul 2pm, tapi aku dengar yang Kicok cakap cut-off time boleh lajak sampai pukul 3pm sebab siang yg panjang. Jam 2.15pm. Aku tiba di puncak Gunung Damavand. Terlalu letih sebab berjalan hampir 11 jam. Kicok rakam video dan suruh aku ckp pun aku tak mampu. Bersepah.
|
Ambil gambar pun duduk je, sebab masih tak larat nak berdiri |
|
Asap sulfur |
|
Glasier |
|
Berjalan turun |
Selepas berehat dan ambil gambar, kami turun dari puncak pukul 2.50pm. Masa turun mudah dan cepat, tapi aku masih juga letih. Entah berapa kali aku berhenti berehat. Turun kami ikut trek lain, trek yang kami lalui untuk turun berada pada sebelah kiri trek semasa kami mendaki. Batu-batu peroi gunung berapi tu kami pijak dan slide je ke bawah. Tak perlu gunakan tenaga sangat. Aku tiba semula di Camp 3 jam 6.30 pm kot. Entahlah. Dah tak ingat sebab aku singgah dulu tandas kat atas tu.
Disebabkan letih dah pening yang datang semula, aku masuk ke khemah. Makan paracetamol dan terus tidur. Kicok ada kejut utk makan malam pukul 9pm tu tapi aku hanya bangun untuk ke tandas dan kemudian sambung tidur sampai pagi.
Jumaat 23/8 - Hari ke-7
Aku bangun pagi dlm keadaan segar dan tak pening kepala dah. Selepas bersarapan ala kadar, kami mula mengemas barang2 dan bersedia utntuk turun.
|
Bersama Amir Reza, sewa khemah sewa kat Camp 3 |
|
Shelter yang dah jadi diubahsuai jadi kafe + lojing. Boleh muat 10 orang kot kat ruang yang disediakan. |
|
Ada la 1 gambar kat Camp 3 dengan bendera Iran |
Jam 11am kami mula bergerak meninggalkan Camp 3. Aku dan Aidil turun dgn cepat. Dah boring la tu duduk kat Camp 3. Lebih kurang 1.30pm, kami sampai di Camp 2.
Lama betul tunggu 4WD ni. Ye lah, tiada siapa yang arrange kan 4wd kami. Kicok minta tlg dari org Iran yg kerja di Camp 2 utk dapatkan 4wd. Mula2, 5 org dah lepas, tinggal kami berempat. Yg kami berempat pulak ada sekali tu dah naik pun 4WD, lepas tu ntah apa yg salah, dia hantar balik naik atas. Ikut pemahaman Kicok, 4WD tu cuma sampai ke simpang, bukan ke Rineh.
Dapat juga naik 4WD jam 3.20pm, tapi macam yang aku kata, sampai ke simpang bawah tu je. Nasib bajk 4WD yg Milad uruskan dah sedia menunggu. Rupanya, yang 5 orang awal tadi pun sama. Sampai bawah je. Lepas tu kena tukar 4WD. Akhirnya, kami sampai di Rineh pada pukul 4.30pm.
Sampai di guesthouse, masing-masing membersihkan peralatan dan diri. Aku pulak lepas cuci-cuci sikit, aku pergi ke kedai roti kat pekan Rineh untuk beli roti barbari. Kebetulan takde roti yg dah siap, aku kena la tunggu lama skit. Masa tunggu tu, borak la aku dgn tokey kedai roti tu (kot). Dia tanya aku 'musalman'? Aku bagi signal tak tau. Lepas tu dia ada buat signal solat, terus aku cakap muslim? Islam? Dia tunjuk signal ya. Oh, baru aku tau dia tanya aku muslim ke. Bila dia tau aku muslim, terus dia laga pipi dia ke pipi kiri aku. Dia excited kot jumpa org muslim dari luar negara.
Sabtu 24/8 - Hari ke-8
Hari ni santai... Tapi kena kena bangun awal sebab perjalanan jauh. Seawal 5 pagi semua dah ready sebenarnya sebab katanya bas tunggu pukul 5. Ntah macam mana takde siapa pun yg cek bas dah tunggu pun kat luar. Tak tahu dari pukul perapa. Pukul 6am, kami bergerak meninggalkan mustafa guesthouse, rineh menuju ke isfahan.
Ada yg sambung tidur, ada yang menikmati keindahan alam disepanjang perhalanan. Tibanya di tehran, mehdi join kami sebagai tourist guide. Dia juga membawa roti sangak, sejenis roti Iran yg dimakan dgn cream cheese.
Destinasi pertama kami adalah abyaneh. Ianya 400km dari rineh dan 300km dari tehran. Abyaneh adalah sebuah perkampugnga traditional yg mengekalkan bentuk dan bahan binaan bangunan yg sama. Warna merah tanah kekal di dinding bangunan. Plaster bangunan diperbuat dari tanah yg di campur sekam. Dlm perkampungan tu juga ada Abyaneh Holy Shrine; makam anak perempuan seorang imam Syiah. Itulah yang aku faham.
|
Kunci pintu rumah di Abyaneh. Besar betul |
|
Dalam Abyaneh Holy Shrine |
Lepas je habis melawat, kami makan di kawasan situ juga iaitu di Domiloon Traditional Restaurant. Unik skit restoran ni di mana air disalirkan di dalam kawasan restoran. Ada tempat mkn dibuat di atas air, ada yg ditepi saliran siap ada kanak-kanak mandi lagi. Kami makan di dalam sebab kumpulan kami ramai.
|
Mehdi tengah hidang makanan |
|
Kicok tengah kira duit. Banyak keping tapi nilai sikit je. Kat tengah tu air teh takde gula. Kena makan gula ketul tu masuk dalam mulut, lepas tu baru minum teh tu. Di Iran, teh adalah tradisi. |
Selepas makan, kami menuju ke Natanz. Di sana, kami melawat Masjid Jamek Natanz. Selepas itu, kami melawat ke Tavassolian traditional house. Rumah tradisi dari era Safavid yg dibeli dan dibaik pulih oleh Prof Saeed Tavassolian.
|
Pemilik Tavassolian Historical Home (baju petak) |
Selepas Natanz, kami terus menuju ke hotel yang akan bermalam di Isfahan; Piroozy hotel. Setelah selesai check-in dan meletakkan barang di dalam bilik, aku bersama Kicok dan Jay keluar mencari makan. Kami hanya kek kedai fast food berdekatan dan kami bertiga memesan burger, tapi saiznya agak besar. Di sini takde fast food chain macam McD, KFC. Kalau ada pun mungkin local Iran punya.
|
Makan malam burger je |
|
Kedai fast food bertentangan dengan hotel |
Ahad 25/8 - Hari ke-9
Hari ni, lawatan pertama ke jambatan SioSe Pol. Sebuah jambatan bersejarah. Jambatan ini merentasi sungai Zayandeh dan dibina pada kurun ke 17 semasa era Abbas 1, Shah (Raja) Safavid ke 5.
|
Sungai Zayandeh |
|
Kelihatan warga Iran bermain air di kawasan cetek di bersebelahan jambatan SioSe Pol |
Kemudian kami ke jambatan Khajoo. Juga jambatan bersejarah. Ia dibina pada kurun ke 17 juga semasa pemerintahan Abbas II, Shah (Raja) Safavid ke 7 merentasi sungai Zayandeh. Kalau ikutkan aku, jambatan ni lebih cantik dari SioSe Pol sebab jambatan ni dihiasi jubin-jubin yang menarik.
|
Ni Kicok, bukan orang Iran |
Ada 11 jambatan bersejarah yang merentasi sungai Zayandeh ni tapi kami cuma lawat dua je.
Lawatan ketiga adalah ke kedai membuat dan menjual karpet. Kat sini buat jual je tapi ada demonstrasi menganyam karpet dan mencetak alas meja. Rahim dan Azman Misman beli karpet. Yg lain hanya beli alas meja dan beg.
|
Proses meratakan pewarna untuk mengecop Qhalam Kari |
|
Cop untuk Qhalam kari |
Dari Naqsh-e jahan Square, kami pulang ke hotel dengan berjalan kaki sahaja. Ada lah dalam 13 minit berjalan kaki.
Malam tu kami makan di Shahrzad Restaurant. Jarak berjalan dari hotel sekitar 16 minit. Kami diberitahu oleh Mehdi, jalan yang kami lalui sudah ditutup kepada trafik selama 2 tahun. Sekarang, ia hanya dilalui oleh pejalan kaki dan pada waktu malam macam ni pun jalan tersebut masih sesak dengan orang ramai.
|
Ada event pada malam tu. |
|
Rahim yang berkaca mata. Dia ada masalah mata masa nak summit |
|
Suasana restoran yang cantik. Malam tu, ramai sungguh orang yang datang. masa kami nak balik pun ada yang masih menunggu meja |
Lepas makan malam, aku dan Jay bergerak berdua. Dah sampai depan hotel, nak rasa mengopi pulak. Patah balik cari kedai kopi. Nasib baik tak jauh dari hotel.
Isnin 26/8 - Hari ke-10
Hari ni merupakan hari terkahir kami di Iran. Selepas bersarapan dan Rahim pun dah balik dari cek mata kat hospital, jam 9.55am kami bergerak dari hotel ke Kashan. Kashan ni masih di dalam Isfahan province. Di kashan, kami melawat Fin Garden; taman yang dalamnya ada saliran air yg menakjubkan. Dalam saliran airnya ada air pancut, tapi air pancutnya tu tak gunakan sebarang pam.
Selesai melawat Fin Garden, kami makan tengahari di Melal restaurant. Masih di Kashan. Tempat makan seperti restoran makanan mewah. Dengan setting yang menarik dan hidangan buffet.
Selepas makan, kami bergerak ke Tehran dan sebelum sampai di airport, kami singgah di shopping mall Merh-O-Mah di Qom. Kira last la untuk shopping. Aku beli candy sebagai buah tangan anak-anak buah di pejabat di kedai Sohan Mohammad Saedinia dengan harga 510000 rial sepeket yang beratnya 500 gram.
|
Senja di airport |
|
Kicok menyerahkan sedikit buah tangan kepada Mehdi. |
Tiba di Imam Khomeini International Airport jam 7.30pm. Selepas bersalaman dgn Mehdi dan pemandu bas, kami terus masuk ke dalam. Di sini, utk ke balai berlepas, kami perlu buat pemeriksaan kastam. Lepas tu kena tunggu sehingga kaunter dibuka utk check-in. Selesai check-in dan imigresen, barulah aku dan beberapa orang yg lain ke surau utk solat dan makan. Masa ni, memang nak habiskan duit rial. Makan burger dgn air kopi lebih kurang 550000 rial.
Sebelum masuk ke pemeriksaan keselamatan, aku sempat beli fridge magnet dan madu. Madu tu murah kot, 350,000 rial (RM12.80). Balance kat aku cuma 20000 rial je. Flight kami berlepas pada jam 12am waktu Iran, itu pun delay 2 jam, kalau tak pukul 10pm dan mendarat di KLIA pada jam 12pm waktu Malaysia. Alhamdulliah, trip kali ni berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
So, trip ke Iran ni ada 2 part la. 1 naik gunung, 1 lagi melancong. Semuanya diuruskan oleh getlost.asia. Part naik gunung memang getlost.asia yang uruskan dan part melancong tu pun, kami tak gunakan ejen pelancongan, tetapi getlost.asia (Kicok) dapatkan seorang guide orang Iran (dia guide gunung Damavand sebenarnya dan kawan kepada Kicok) untuk uruskan bas, hotel, makan dan tiket untuk semua tempat yang perlukan tiket dengan bayaran USD200 seorang. Aku pun tak tahu, murah ke mahal tapi untuk kami grup yang besar, mungkin ini cara terbaik. Sorry lah kalau gambar takde caption, tak larat nak tulis semua.
sy suka baca tulisan abg. dah lama sy follow. sejak solo ride semnangjung dgn waze 100.
ReplyDeletehafiz JB
tq
Delete