Tarikh: 6 – 11 Februari 2016 (6 hari 5 malam)
Hari: Sabtu – Khamis
Kenderaan: Motosikal Honda Wave 100
Persediaan:
Masa plan nak Solo Ride ni, aku baca blog-blog, fb dan google maps untuk dapatkan maklumat. Semua maklumat tu aku letak dalam fail excel. Aku pilih excel sebab senang nak kira jarak. Aku kira-kira, purata sehari aku akan bawa moto sejauh 360km. Ada jugak yang lebih. Cuma itu had yang aku reka sendiri pasal aku rasa kelajuan purata aku hanya 60km/j. Jadi, aku bawa moto tu dalam 6 jam la kalau jarak 360km. Tayar moto tukar tubeless, tukar minyak hitam dan tukar spark plug. Beli juga cargo net dan set tampal tayar tubeless. Pelayar ambil je dari toolbox. Pam kecil (hand pump untuk basikal) aku pinjam adik aku punya. Botol air pun bawa. Refill je nanti.
|
Ni je barang yang aku bawa. Baju sikit dan sleeping bag kat dalam dry bag |
|
Botol yang aku guna. Senang nak minum masa traffic light merah |
Hari pertama: 6
Februari 2016 (Sabtu)
Aku bangun awal hari ni pasal aku plan nak mula bergerak jam
7 pagi, tapi memandangkan masih ada peralatan yang belum disediakan dan hari
pun masih agak gelap, aku tukar plan untuk gerak pada jam 7.30 pagi. Selepas
siap semua, akhirnya aku bergerak keluar dari rumah pada jam 7.40 pagi.
|
Odometer permulaan |
Aku bergerak ke starting point, iaitu Gemencheh. Aku pilih
Gemencheh kerana FT1 melalui pekan ini dan pekan ini yang paling hampir dengan
rumah aku di Sg. Rambai, Melaka. Perjalanan melalui tempat-tempat yang aku
belum pernah lalui sebelum ini seperti
Felda Kemendor dan Batang Melaka. Tiba di Gemencheh lebih kurang sejam
selepas bertolak. Pekan Gemencheh ni pun aku belum pernah sampai lagi. Ini kali
pertama. Tiba di persimpangan di pekan Gemencheh, aku belok ke kiri
ke arah Tampin. Belok ke kanan adalah jalan menuju ke Gemas.
|
Simpang di Gemencheh dari arah Batang Melaka |
Pekan Gemencheh
besar juga rupanya. Tak seperti yang aku gambarkan. Dalam setengah jam, aku tiba di pekan Tampin.
Isi minyak moto dan botol di Petronas Tampin sebelum bergerak ke Seremban.
|
Signboard memasuki pekan Tampin |
Ha…kat bandar Seremban ni la aku mula keliru
dengan antara jalan bandar dengan FT1. Itu aku memang dah jangka. Aku ikut
tanda arah ke Mantin sampailah di satu simpang berdekatan dengan tol Seremban/PD. Aku dah tak berapa yakin dengan
jalan, aku bertanya arah dengan seorang penunggang moto kat sebelah. Dia cakap
nak pergi Mantin jalan terus je. Lepas je simpang tu, aku berhenti untuk semak
jalan guna Google Maps. Memang betul jalan yang aku lalu ni memang boleh ke
Mantin, tapi bukan jalan FT1. Jadi aku pun patah balik dah cari jalan FT1
semula untuk ke Mantin. Jalan agak sibuk di pekan Mantin. Mungkin ramai yang
pulang ke kampung kerana cuti panjang. Pertama kali aku sampai ke pekan Mantin.
Sebuah pekan kecil. Lepas tu aku teruskan perjalanan, sehinggalah melalui Kolej
Tuanku Ja’afar (KTJ). Kolej ni dah biasa pergi
masa main dengan Kelab Ragbi NS Wanderers dulu. Di sinilah home ground nya.
Meneruskan perjalanan lagi melalui pekan Beranang dan
Semenyih. Pekan Semenyih ni pun dah biasa sampai zaman mendaki Bukit Broga.
Lepas Semenyih, terus ke bandar Kajang. Sampai di depan IPD Kajang, aku belok
ke kanan untuk kekal dalam FT1. Dari Kajang, aku terus ke Selayang melalui
Cheras dan KL. Tiba di Selayang, aku singgah untuk makan tengahari di Nota
Café, kafe milik Ismed, kawan sekolah aku. Masa lunch tu, Ismed, Rizwan dan
Cukis pun ada join sekali lepak borak bersama.
*update - Nota Cafe telah pun ditutup.
|
Nota Cafe, Selayang |
|
Cukis, Ismed (tokey Nota Cafe) dan Rizwan. Semua ni ex-schoolmate aku |
|
Gambar yang Rizwan ambil kat depan Nota Cafe |
|
Kat depan kafe |
Lepak punya lama, sampai kafe
tadi pukul 12 tengahari, pukul 1.30 petang baru nak gerak semula. Sempat pulak
Ismed suruh hantar dia dulu ke rumah yang hanya 5 minit dari kafe.
Jalan mula sesak di kawasan persimpangan lebuhraya LATAR
hingga ke pekan Rawang. Orang balik CNY agaknya. Selepas Rawang, jalan lengang
hingga ke Tg. Malim. Ingat nak ambil gambar kat gate UPSI, tapi macam malas
pulak.
|
Petronas Behrang 2020 |
Dari Behrang lagi dah hujan gerimis tapi malas nak pakai
baju hujan. Dah kat Slim River baru pakai baju hujan pasal hujan semakin lebat.
Aku teruskan perjalanan dalam hujan dan dalam keadaan jalan yang dah mula
sesak. Sesak pasal orang Ipoh dah mula balik ke kampung dan ada eksiden pulak
tu. Tapi yang geramnya tu, eksiden jalan sebelah, yang jalan sebelah sini pun
nak sesak.
|
Petronas Tapah |
Hujan sepanjang jalan sampai la ke Gopeng. Itu pun langit
masih gelap. Aku masih lagi pakai baju hujan walaupun tak hujan lagi. Takut –
takut hujan balik kat depan. Memang betul pun…memang kejap gerimis kejap kering
sampai la Ipoh.
Sampai di Ipoh, aku nak cari UiTM Kampus Bandar Ipoh (UiTM
Ipoh), tapi tak jumpa papantanda. Jadi aku cari la masjid negeri (aku agak-
agak je mulanya pasal biasa ibu negeri ada masjid negeri) untuk solat.
Berpandukan papantanda, aku sampai la ke masjid negeri dalam pukul 6 petang
untuk solat jamak. Siap je solat, tengah berehat, hujan lebat turun. Ingatkan
nak gerak cari UiTM Ipoh, terpaksa batalkan dan lepas solat maghrib baru hujan
berhenti.
|
Masjid Sultan Idris Shah II. Masjid Negeri Perak |
Lepas je maghrib, aku isi minyak moto aku dengan minyak yang
ada dalam botol dan terus bergerak cari UiTM Ipoh yang mengambil masa 15 – 20
minit. Ada la terpusing – pusing sikit dalam bandar tu pasal jalan sehala, tapi
pasal naik moto, senang je la nak pusing. Sampai je kat UiTM tu, aku makan dulu
kat kedai mamak betul – betul depan UiTM. Dah habis makan, baru aku masuk ke
dalam UiTM tu. UiTM Ipoh ni hanya untuk kelas PJJ. Kelas pun hari Sabtu dan
Ahad je. Lot kedai je pun UiTM Ipoh ni. Hari pertama ni, aku tumpang tidur di
sini.
Nota:
Sg. Rambai – Gemencheh – Ipoh
Jarak: 417km
Kos minyak: 7.60 (Tampin) + 5.00 (Semenyih) + 5.00 (Tg.
Malim) = 17.60
Hari kedua: 7
Februari 2016 (Ahad)
Lepas mandi dan solat, aku bersiap – siap dan terus turun ke moto untuk
bergerak. Plan nak gerak pukul 7 pagi, tapi aku tengok hari pun masih gelap
lagi, aku pegi minum kopi dulu kat kedai mamak depan. Aku malas nak makan pasal
plan nak sarapan kat Kuala Kangsar. Pukul 7.30 pagi, hari pun dah terang sikit,
aku pun bergerak ke Kuala Kangsar.
Dah sampai Kuala Kangsar, aku plan nak ambil gambar banyak –
banyak pasal Kuala Kangsar adalah bandar Diraja Perak. Masjid Ubudiah, Istana
Iskandar, dan Muzium Diraja Perak antara yang aku ambil gambar. Tapi semua aku
ambil dari luar je la.
|
Bulatan Kuala Kangsar |
|
Masjid Ubudiah dari pelbagai sudut |
|
Istana Iskandariah. Istananya hanya boleh nampak kubah je dari sini |
|
Muzium Diraja Perak |
|
Galeri Sultan Azlan Shah |
|
Sungai Perak |
|
Sekolah Menengah Clifford |
|
MCKK |
Lepas dah ambil gambar, aku cari stesen minyak dan
seterusnya cari kedai nak sarapan. Disebabkan aku tak pasti berapa lama aku
akan sampai ke Butterworth, aku makan berat sikit. Nasi goreng dengan dengan
telur mata kerbau.
Dah siap makan, aku bergerak ke Butterworth melalui Taiping,
Bagan Serai dan Parit Buntar. Keadaan jalan di kawasan Taiping sangat teruk.
Kalau ada 5 lubang kecil yang berdekatan kat atas jalan tu, ditampalnya 5 kali
jugak. Bukannya tampal satu tampalan besar. Masalahnya, jalan tu dah banyak
kali rosak. Tampal atas tampal atas tampal. Aku rasa korang dapat bayangkan
macam mana.
Sampai Butterworth dah tengahari, dalam pukul 12 lebih. Memandangkan aku
pun belum lapar, aku pun sambung jalan menuju ke Sg. Petani.
|
Butterworth. KM 0 |
Masa nak ke Sg.
Petani, aku lalu airport TUDM. Oh, selama ni selalu dengar tapi tak pernah
lalu. Lepas je airport tu, angina bertiup kencang. Dari kanan dan hadapan.
Kalau angin dari kanan secara tiba – tiba, agak bahaya juga. Kena pegang handle
kuat – kuat. Kalau angin dari hadapan, pulas minyak penuh pun moto cuma bergerak
60km/j. Memang angin betul – betul kuat.
|
Jambatan sempadan Pulau Pinang - Kedah |
Bila dan masuk area Sg. Petani, angin dan beransur reda.
Mungkin pasal dah banyak pokok – pokok. Sempat berhenti di Bandar sg petani
untuk ambil gambar menara jam. Berhenti kejap lepas tu terus jalan ke Bedong untuk
lunch. Aku lunch kat mee rebus yang sedap pada aku. Mee abu bedong. Tempat ni
kira nostalgia juga la buat aku. Dulu – dulu selalu ke sini untuk lunch masa
aku tinggal di taman kawasan Bedong ni.
|
Mee Abu Bedong |
|
Pekan Bedong, Kedah |
Dari Bedong, aku bergerak ke Alor Setar. Berhenti ambil gambar kat kaki Gunung Jerai dulu...
|
Kaki Gunung Jerai di Yan, Kedah |
Singgah solat kejap di Masjid Zahir, Alor Setar. Masjid lama ni. Tengok tahun bila ia dibina.
|
Masjid Zahir, Alor Setar |
|
Dibina pada tahun 1912 |
Selesai solat, aku ke Bukit Kayu Hitam. Untuk melengkapkan laluan FT1 yang hujung sebelah utaranya adalah di sini.
|
Kompleks Imigresen Bukit Kayu Hitam |
Kalau ikutkan, dah lengkap dah ride aku untuk hari ni, tapi aku kena singgah juga ke Changloon untuk menghadiri majlis kenduri kahwin anak 'menaka' kawan aku. Dah dijemput dan memang lalu pun. Kena la singgah. Makan nasi kandaq. Sedap. Kata kawan aku ni, nasi kandaq ni kira femes la kat sini. Oh, ini kampung isteri dia. Kampung dia dekat dengan kampung aku tu kat Pagoh, Muar.
|
Bersama Lansa kat kenduri kahwin anak 'menakan' dia |
Dah kenyang makan, Sambung lagi sikit ke Arau untuk bermalam.
|
UiTM (Perlis), Arau |
Lepas Isyak, aku keluar makan malam dengan Shap dan Eja kat Capati Arau. Dah nama kedai pun capati, aku makan capai le... Masa kat kedai ni, Eja tanya aku dlm dialek nogori 'apo kau nak buek ni soi?' Aku jawab la 'aku melancong la. Cuma org lain naik kete, aku naik moto'.
|
Bersama Shap di Capati Arau |
Nota:
Ipoh – Bkt. Kayu Hitam – Arau
Jarak: 353km
Kos minyak: 5.00 (K. Kangsar) + 5.00 (Bkt Minyak) + 4.60
(Tandop, A. Star) = 14.60
Hari ketiga: 8
Februari 2016 (Isnin)
Aku bangun pukul 6 pagi. Mandi, solat dan bersiap untuk
bergerak ke destinasi seterusnya. Aku tak sarapan pasal dah plan nak sarapan
dengan Wanter kat Bedong, Sg. Petani. Wanter ni kawan sekolah aku dan kami
pernah duduk satu taman di Bedong ni selama 2 tahun. Bertolak pada pukul 7.15
pagi, aku ikut jalan Kodiang – Jitra dan lepas tu terus masuk hiway dan keluar
kat tol Gurun. Sampai Bedong pukul 9 pagi dan sarapan dengan Wanter lebih
kurang sejam.
|
Arau Bandar Diraja |
|
Gunung Jerai nu.... |
|
Modenas Gurun |
Lepas dah sarapan, aku isi minyak dulu kat Shell Bedong. Botol pun aku isi sebab perjalanan agak jauh dan aku tak biasa dengan jalan tu. Angin hari ni memang cukup kuat, macam semalam. Aku terus je jalan sampai ke Gerik. Di antara Kupang dan Gerik tu, jalan turun-naik bukit, berselekoh siap. Masa naik bukit tu, aku tengok speed moto aku cuma 40km/j je. Memang perlahan. Wave aku tak larat naik bukit. Sampai kat Gerik, aku cari stesen minyak. Lepas isi minyak, aku makan roti dan minum air soya dulu. Rasa lapar pulak. Lagi pun konon nak lunch kat Hentian Titiwangsa. Masa dari Gerik nak ke Pulau Banding, ada kemalangan. Aku rasa superbike terbabas. Insaf kejap aku nak bawa moto laju-laju. Padahal moto aku bukan laju mana! Hahaha.
|
Moto aku...kecik je banding dengan yang belakang tu |
|
Sekitar Hentian Titiwangsa, Lebuhraya Timur-Barat |
Ingat nak makan nasi, tapi lauk aku tengok tak semenggah je. Takde selera pulak aku. Aku cuma makan kuih pau je 2 biji. Ramai juga mat moto kat hentian ni. Dari moto cub sampai le ke superbike. Aku ingat rehat dalam setengah jam je lepas tu aku bergerak ke Jeli. Mata turun banjaran tu, ada 2 kemalangan, satu tu kereta dengan kereta bertembung, yang lagi satu aku rasa superbike terbabas.
Setibanya di Jeli, aku terpaksa berhenti untuk memakai baju
hujan. Hujan turun agak lebat. Masa berhenti tu lah aku tengok jam. Baru pukul
3.
|
Kat Jeli |
Masa ni, aku berkira – kira untuk meneruskan perjalanan ke Rantau Panjang.
Setelah selesai membuat panggilan untuk tempat tinggal di Rantau Panjang, aku
sambung perjalanan aku. Depan je sikit dari tempat tadi, hujan dah reda.
Gerimis je. Tapi disebabkan malas nak buka baju hujan, aku teruskan je
perjalanan sampai ke Rantau Panjang ikut Panglima Bayu.
|
Memasuki Rantau Panjang |
Sampai je rantau Panjang, aku cari masjid
dulu untuk solat. Lepas tu aku telefon kawan aku, Fezul, yang sedang bercuti di
rumah bapa mertuanya. Dia datang jemput aku kat masjid dan bawa aku ke bengkel motosikal sebab moto dah tiba masa untuk diservis. Jarak dari Sg. Rambai ke Rantau Panjang ni 1000km lebih. Memang patut pun kena servis. Masa pomen cek moto aku dan nak tegangkan rantai, dia perasan sprocket dan rantai dah mula haus. Dia cadangkan untuk tukar. Aku bersetuju. Kat sini baru aku sedar supaya lebih baik tukar sebelum memulakan perjalanan kalau kita sendiri tak ingat bila kali terakhir kita tukar sprocket dan rantai. Ni kira dah nazak juga ni.. Alhamdulillah tak jadi apa-apa masa tengah jalan. Sementara nak tunggu moto siap diservis, Fezul bawa aku makan mee celup dan bawa bersiar-siar di sekitar pekan Rantau Panjang. Kali terakhir pergi tahun 2000. Masa tu main ragbi untuk UIA dalam Sirkit Liga MASUM yang diadakan di USM Kubang Kerian.
Fezul sediakan sebuah bilik sewa milik bapa mertuanya untuk
aku. Bila ditanya tentang bayaran, dia kata ‘takpe, aku belanja’. Terima kasih
Fezul. Malam tu bapa mertua Fezul ajak makan malam di rumah. Makan
nasi arab. Sedap juga orang Kelantan masak nasi arab. Hehehe.
|
Servis moto di Rantau Panjang |
|
This is Anfield. Eh, This is Rantau Panjang |
|
KM 0 Rantau Panjang |
Nota:
Arau – Sg. Petani – Jeli – Rantau Panjang
Jarak: 382km
Kos minyak: 4.00 (arau) + 8.00 (Bedong) + 5.20 (Gerik) =
17.20
Hari keempat: 9
Februari 2016 (Selasa)
Pagi – pagi lagi aku dah bersiap untuk bertolak. Bukan apa,
dah cadang untuk sarapan dengan Centong di Kota Bharu. Cuma sempat ucap terima
kasih kepada bapa mertua Fezul je. Aku
bertolak pada pukul 7 pagi, dan mencari stesen minyak terdekat. Dalm pukul 8, aku dah sampai di Kota Bharu. Centong
ajak sarapan di area Stadium Sultan Muhammad ke-IV. Pada waktu itu, stadium
tersebut sedang dicat warna merah jambu. Bila tengok balik, takde la pink
sangat. Macam purple sikit pun ada.
|
Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu |
|
Sarapan bersama Centong kat sebelah stadium |
Lepas sarapan lebih kurang sejam, aku terus bergerak ke
destinasi seterusnya. Selepas Pasir Puteh, kereta semakin banyak di jalan raya.
Ini memang aku dah agak sebab hari ni adalah hari terakhir cuti Tahun Baru
Cina.
|
Pasir Puteh. Ni ke yang katanya kilang jelitawan tu? |
Kereta memang banyak sampai ke kawasan Permaisuri. Hari ni, aku rasa
pertama kali aku nyanyi masa bawa moto. Bkn nyanyi, nasyid sebenarnya.
“Bermusafir, berkelana, luaskan pandangan saujana…”. Part korus tu je aku
nyanyi. Lepas aku cek balik, nasyid tu bertajuk Bermusafir oleh Nadamurni.
Nasyid lama ni.
|
Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu |
Aku berhenti untuk makan tengahari di Pantai Batu Buruk.
Sempat juga berjumpa junior zaman sekolah dulu, Firdaus aka Boroi. Lama jugak
aku berhenti makan/lepak/borak di situ. Dekat sejam setengah juga. Aku tau
perjalanan untuk ke Dungun tidak berapa jauh. Lepas tu aku solat jamak di
Masjid Sultanah Zanariah aka Masjid Terapung. Masa nak masuk masjid ingat nak
ambil gambar. Tapi ingat nak ambil selepas solat je. Habis je solat,
terus je keluar dan naik moto tinggal tempat tu. Takde gambar la nampaknya.
|
Jeti Pulau Kapas, Marang. Pernah sampai sini tahun 2010 |
|
Pulau Kapas dari pantai kawasan Marang |
Semasa ke Dungun, berhenti di Pantai Rantau Abang. Ombak
punya lah kuat. Angin pun laju. Memang seronok duduk tepi laut lepak – lepak
macam ni. Sambil lepak – lepak tu, berborak dengan seorang pelajar kolej di Pasir Mas yang dalam perjalanan ke Kuantan. Praktikal katanya. Dia ada la tanya
sikit – sikit, last – last aku beritahu dia yang aku sedang buat Solo Ride
Semenanjung Malaysia. Teruja dan cakap dia pun teringin nak buat macam aku
juga. Siap ambil nombor telefon. Tapi setakat ni takde pulak dia telefon/mesej.
|
Pantai di Rantau Abang |
Sampai di UiTM Dungun jam 4 petang. Memang aku dah jangka
akan sampai awal. Petang tu dapat la merasa sotong celup tepung. Dulu tahun
2013 pernah dah rasa sotong celup tepung ni. Tu yang teringin nak makan lagi
sekali.
|
Makan sotong celup tepung bersama Nazri |
Malam tu aku mengantuk sangat. Tertidur awal. Tak keluar makan malam
pun. Takde pun lapar sangat pasal petang tu dah makan sikit.
|
Di hadapan UiTM Dungun |
Nota:
Rantau Panjang – Dungun
Jarak: 288km
Kos minyak: 5.00 (Rantau Panjang) + 5.30 (Permaisuri) + 4.00
(dungun) = 14.30
Hari kelima: 10
Februari 2016 (Rabu)
Pukul 7 pagi lagi aku dah bergerak keluar dari UiTM Dungun.
Kena cari sarapan sebab dah mula lapar. Keluar je ke jalan besar,moto aku di
potong oleh puluhan penunggang moto yang berpakaian coverall yang hendak pergi
ke tempat kerja. Pengalaman yang menarik. Dulu – dulu masa jadi mat kilang di
Shah Alam pun takde suasana macam ni. Cari punya cari, aku ternampak kedai
makan sarapan di Paka. Aku berminat nak makan
nasi lemak dan ikan. Aku pun pesanlah satu. Bila tiba je nasi lemak tu,
aku rasa macam tak cukup je bahan – bahannya. Aku pun pesan telur mata kerbau
untuk bagi selera sikit. Dah sudah makan baru la kawan – kawan kat fb kata
orang sana sarapan nasi minyak. Tadi macam ada nampak nasi minyak kat menu.
Tapi orang selatan makan nasi minyak biasa tengahari. Itu pun biasa kenduri
kahwin je hidang. Rugi tak rasa.
|
Nasi lemak ikan ayer |
Dalam perjalanan ke Kuantan, aku ada berhenti sejekap di
Pantai Kemasik dan pantai Teluk Mak Nik untuk tengok pemandangan. Pantai ke
berlainan tapi ombak tetap besar.
|
Pantai Kenasik |
Lepas je Chendering, dekat dengan simpang bertingkat yang
nak ke Jabor, boleh Nampak dah kita sampai di Kuantan. Senang je nak tau. Jalan
berwarna merah akibat debu bauksit. Haha. Di kawasan perindustrian Gebeng,
lopak besar, besar gila kat dengah – tengah jalan. Bukan satu, tapi ada la 2 –
3 lubang. Kereta mengelak siap ambil side untuk mengelak. Kalau tengah laju
ni…mau melambung.
|
Petronas Balok Makmur, dekat2 Gebeng |
Sampai di Kuantan, berhenti lepak kejap dengan Paid dan Najib kat kedai kopi. Minum – minum dan makan ringan je. Tak
rasa nak makan berat pasal dah makan nasi lemak tadi di Paka. Lepak agak lama
juga di sini. Dalam sejam setengah jugak kot. Masa nak ke Pekan tu, Paid ni
kejar dan ajak bergambar. Haha.
|
Paid kejar aku sebab lupa nak bergambar tadi |
Tadi masa kat kedai tak teringin pun nak ambil
gambar. Aku lagi la, hp tak keluarkan langsung masa berborak.
Lalu di kawasan Pekan, ada nampak Muzium Sultan Abu Bakar.
Aku tengok je. Malas pulak nak ambil gambar. Lagi pun orang ramai pulak yang
lepak – lepak kat kawasan tu. Segan pulak aku. Hahaha.
Sebelum tiba Nenasi, aku tengok minyak moto aku dah masuk ke
paras rendah. Alhamdulillah, ada papantanda Caltex 15 km di hadapan. Aku
berhenti di Caltex tu untuk isi minyak. Masa nak turun moto tu, aku dapati fork
lock aku dah longgar. Getah penyendal dah hilang. Ada part dari fork lock tu
dah bergesel pun dengan sport rim moto aku. Ooo…pasal ni la ada aku dengar
bunyi pelik dari depan. Aku cuba tanggalkan fork lock tu guna allen key. Tak
boleh. Dah karat teruk. Last – last aku cuba nak ikat je fork lock tu, biar ia
tak bergerak. Tapi takde apa yang aku boleh buat untuk mengikat. Aku tanya kat
akak Caltex tu pasal cable tie. Ada. Bagus. Boleh la aku selesaikan masalah
untuk buat sementara.
|
Getah forklock tercabut. Ikat pakai cable tie je. Kat Caltex Nenasi |
Ok. Masalah dah selesai dan aku terus ke Leban Chondong.
Biras ada ajak singgah rumah dia. Bila telefon, dia dah bergerak ke Muar. Takpe
lah. Takde rezeki nak jumpa. Ada berhenti kejap di bandar Kuala Rompin ambil
gambar tugu ikan layaran.
|
Tugu ikan layaran, bandar Kuala Rompin |
Masa nak bergerak ke Tg. Gemuk, hujan pulak. Berhenti
di hentian bas untuk pakai baju hujan. Ingat nak makan kat pekan Endau, tapi
disebabkan tak nampak kedai makan yang buka waktu itu dan aku pulak malas
nak berhenti kedai makan nak buka baju hujan, aku terus je ke Mersing. Hujan je
sepanjang nak ke Mersing. Sampai je
Mersing, aku cari Embassy Hotel. Hotel bajet yang kawan aku bookingkan. Dia
belanja. Masuk bilik, buka baju hujan dan letak barang, aku turun ke bawah
semula untuk makan.
Nota:
Dungun – Mersing
Jarak: 342km
Kos minyak: 5.20 (Balok Makmur) + 5.00 (Nenasi) = 10.20
Hari keenam: 11
Februari 2016 (Khamis)
Hari terakhir. Ikutkan kiraan aku, hari ni adalah perjalanan
yang paling jauh. Jadi aku solat subuh kat masjid, sarapan dan bergerak jam 7
pagi. Masih gelap, tapi sudah terang sedikit di kawasan Jemaluang. Aku terus je
jalan sampai la satu kawasan yang mempunyai tanda jalan ‘jalan berliku’. Depan
sikit je ada papantanda ‘kawasan ujikaji papantanda selekoh’. Aku pun macam
kagum jugak, rupanya papantanda pun ada kawasan ujikaji. Bagus juga. Bukan main
hentam je pacak papantanda. Bezanya papantanda selekoh di sini, anak panahnya
berwarna kuning pantul cahaya dan tepinya warna hitam. Kebiasaan yang kita
tengok adalah anak panah warna hitam, tepinya yang kuning pantul cahaya.
Tiba masa untuk mengisi minyak di Kota Tinggi. Kena masuk ke bandar untuk isi minyak. Sempat la ambil gambar kat depan Muzium Kota Tinggi.
Nak ambil gambar tulisan Kota Tinggi kat simpang empat tu takut tak jelas.
Pasal jauh sangat.
|
Muzium Kota Tinggi |
Dalam 40 minit, aku dah sampai di Johor Bahru. Niat hati
nak cari batu tanda KM 0. Tapi tak jumpa. Tapi jumpa la stesen keretapi Bukit Cagar. Tulis kat atas bangunan tu muzium KTM. Bila tanya, tak buka lagi
rupanya. Pusing – pusing di kawasan sekitar sekejap, lepas tu terus je jalan
nak menghala ke Danga Bay. Zarifi aka Kewak ajak lepak. Bila dah dekat, telefon tak
angkat pula. Aku terus je naik moto sampai la UTM Skudai Pintu Senai. Ni pintu
belakang. Masa
berhenti ambil gambar tu Kewak telefon. Dia ajak lepak kat Kulai pasal
dia nak jumpa orang di Saleng. Saleng ni tempat di antara Senai dan Kulai.
*update - siapa-siapa nak cari KM 0 kat JB, cari Pejabat Pos JB. Ada kat bertentangan pejabat pos. Aku baru dapat info orang share.
|
Di pintu belakang UTM, Skudai |
Nota:
Mersing – Johor Bahru – Gemencheh – Sg. Rambai
Jarak: 469km
Kos minyak: 5.20 (Mersing) + 4.00 (kota Tinggi) + 4.00 (Bkt.
batu) + 4.00 (Chaah) + 4.50 (Gemencheh) = 21.7
Jarak keseluruhan: 2222km (odometer)
Kos keseluruhan: RM 282 (minyak RM 95.6, sprocket+rantai+minyak 4T RM 53, makan dan lain-lain RM133.4) *tiada kos penginapan
Laluan utama: Laluan
Persekutan 1 (FT1), Laluan
Persekutan 4 (FT4): Lebuhraya Timur – Barat, Laluan Persekutan 1 (FT3)
https://ms.wikipedia.org/wiki/Laluan_Persekutuan_Malaysia_1
https://ms.wikipedia.org/wiki/Laluan_Persekutuan_Malaysia_3
https://ms.wikipedia.org/wiki/Lebuhraya_Timur-Barat
Jalan – jalan lain: FT194, FT176, E1/AH1, FT67 dan FT196
Secara peribadi, aku dapat rasakan yang kembara naik moto ni lagi puas walau pun memenatkan. Yang paling best bila view kita tak dihalang. Tak macam naik kereta yang pemandangan hadapan yang terhad. Pulak tu kedudukan kita yang lebih tinggi dari kereta, pun satu kelebihan jugak. Dan yang paling utama adalah kalau salah jalan, senang nak buat u-turn. Hahahaha.
Sekian.
Good trip, may many more trips to come!
ReplyDeleteBlog aku ni aku campur je apa2 trip yg aku pegi. Moto, hiking, diving. Harapkan moto je mmg tak byk la kot
DeleteBestnya asoi
ReplyDeleteBest gak la...rasa bebas bila jln2 bawak moto ni banding dgn kete
DeleteHanda Soy....you the man!!!
ReplyDeleteAwang
Honda wang...kikiki
DeleteHonda wang...kikiki
DeleteAkhirnye muncul juga nama kampung aku di hujung cerita. Terbaik la lejen..
ReplyDeleteAkhirnye muncul juga nama kampung aku di hujung cerita. Terbaik la lejen..
ReplyDeleteMesti bob
DeleteThis comment has been removed by the author.
Deletebang sy nak cuba ride cam abang, jom ride sekali, payah nk dapat rider kapcai rare skrang, semua nak kelajuan, hehe, 0129270984 kerul
ReplyDeleteaku kadang2 je ride ni. ko duduk mana? aku duduk melaka.
DeleteAbg boleh join ke kalau ride satu semenanjung?
ReplyDeletebelum tentu nak buat ride camni dalam masa terdekat
DeleteBerapa hari dan berapa bajet?
ReplyDelete6 hari 5 malam
DeleteJarak keseluruhan: 2222km (odometer)
Kos keseluruhan: RM 282 (minyak RM 95.6, sprocket+rantai+minyak 4T RM 53, makan dan lain-lain RM133.4) *tiada kos penginapan
Assalamualaikum... tiada kos penginapan tu maksudnya tidur kat mana? Masjid? Rumah kenalan?
ReplyDeletepenginapan...tumpang bermalam di uitm 3 mlm (staf uitm), homestay bapa mertua kwn (free) 1 mlm, hotel kwn sponsor 1 mlm.
DeleteBest jugak kan sekali cuba pusing semenanjung.
ReplyDeleteboleh cuba...tak dpt penuh, separuh pon ok dah
Deletewow..respekla..banyak jugak ye kenalan seluruh negeri..tau2 je dah ada member ajak ngeteh tiap negeri
ReplyDeleteramai kwn kenal masa belajar. kebetulan ramai yg balik ke kampung masa CNY
DeleteKalau ada ride mcm ni roger2 laa...sy kat kampung sebelah jer dari Sg Rambai..skrg kat Lipat Kajang famous asam pedas
ReplyDeleteLipat kajang kg kwn...kt mne yg sedap tu bos?
Deletebest dapat pengalaman macam tu..rase teringin jugak..haha.. terbaik bang.
ReplyDelete.
moga diberi kelapangan utk ride
Deletenak tanya berapa laju bawa dekat lebuhraya AH1 ?
ReplyDeleteRide santai lagi best dr ride kelajuan
DeleteThis comment has been removed by the author.
Deletekat AH2 (E1), speed dalam 100km/j je. tak jauh pon. cari jitra ke gurun je.56km je. yg lain ikut jalan dalam
Deletetahniah..insyaALLAH one day saya pun teringin dan Ride malaya
ReplyDeletemoga dipermudahkan
Deleteterbaek. banyak memberi inspirasi saya pun dah plan nak solo ride 1 Malaysia. insyaallah😃
ReplyDeletemoga dipermudahkan
DeleteJom Tuan kita convoi Merdeka 2019 ni.. 😊
DeleteAlhamdulillah terbaik Tuan.. Jom convoi pusing Malaya Merdeka 2019 ni..
ReplyDeleteinsyallah 2020 ni, saya akan buat PROJECT 2020 RIDE SOLO pusing SEMENANJUNG... info dan tips agak menarik..insyallah akan sy guna ilmu tuan....
ReplyDeleteAlhamdulillah tuan,tuan dh tonton ye youtube channel sy "Abg Am" dlm tu sy dah selitkan 2 ride semenanjung iaitu RIDE MALAYA 2018 & RIDE MALAYA 2019...
DeleteInshaALLAH jk ada rejeki dan kesempatan kebiasaannya bulan Merdeka sy akn ride lagi.. Tak pasti couple ride lagi atau solo ride atau konvoi InshaALLAH
DeleteTerimgin nk solo ride Chinese new year ini 30 Jan - 3 Feb 2022... Ada kawan lg best
DeleteTerbaik abg... Layan solo.. Saya pun baru tergerak hati nk layan solo. Tgh plan dlm tahun ini. Blog abg sebagai panduan boleh ya.. hihi
ReplyDeleteboleh...moga membantu
DeleteTerbaik
ReplyDeleteTerbaik bang. Respek dengan abg. Tak payah nk guna superbike bagai. Guna kapcai je. Saya pun nk try ride solo naik skuter plak. Tapi xtaulah biler. Hihihi.. 🤭🤭🤭
ReplyDeleteJom bang. Habis pkp, kite ride sama2. Saya payung hotel. Kita naik pi smpai penang. Pastu naik cameron highland. Hehehe..
ReplyDeleteTgh rancang2 nak ride 1malaysia gak, walau dh 50an,malu kt mat salleh, 1 dunia depa sampai!
ReplyDeleteTahniah .. cuma nak maklum papan tanda 0 km semua kawasan adalah dipersekitaran pejabat pos kerana kiraan jarak adalah dibuat bermula dari pejabat pos setiap daerah.
ReplyDeleteTry campervan pulak
ReplyDeletetak pernah campervan, tapi drive n camp pernah buat dgn family kat beberapa tempat.
Delete